Jumaat, 18 Disember 2009

update blog,maal hijrah

salam semua,

apa khabar kalian semua?dah lama aku tak update blog aku ni,jadi hari ni,aku nak isi blog aku dengan sedikit kata-kata yang mungkin boleh membawa kita semua kepada jalan kebaikan..

hari ini,aku ingin coretkan tentang maal hijrah.maksud perkataan hijrah adalah perpindahan.pada zaman Nabi Muhamad saw ,nabi Muhamad saw bersama para sahabat telah berhijrah dari kota mekah ke kota madinah ,dengan meninggalkan harta benda mereka.

Dalam konteks sekarang,macam mana kita semua ingin melakukan hijrah.adakah kita perlu berpindah dari rumah kita dan pergi berpindah ke tempat yang lebih baik?apa yang kita perlu lakukan sekarang,adalah berhijrah daripada sifat tidak baik yang ada pada kita kepada sifat yang baik..contohnya:jika sebelum ini,kalian tidak memunaikan solat lima waktu,kalian berhijrah menunaikan solat 5 waktu,jika sebelum ini,kalian suka melakukan maksiat,kalian berhijrah ke arah tidak melakukan maksiat.....marilah kita semua membina azam baru; kita semua berhijrah ke arah kebaikan pada tahun baru ini dengan meningkatkan amal ibadat dan kualiti ibadat kita agar ibadat yang dilakukan diterima oleh Allah swt.amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan