Jumaat, 6 Jun 2014

Ada apa pada seorang wanita?

Ada apa pada seorang wanita?

Wanita,
Apa istimewa mereka,
Sebelum kedatangan Islam,
Wanita hanya-lah simbol seks,
Namun hadirnya Islam,
Mereka diangkat ke kedudukan yang tertinggi,
Namun,kenapa pada hari ini,
Wanita lebih cenderung untuk menolak ajaran-ajaran Islam,
Sedangkan Islam-lah yang mengangkat martabat seorang wanita,
Suruhan dan ajaran seperti menutup aurat dan menjaga pergaulan,
Adalah untuk mengangkat martabat wanita dan melindungi mereka,
Sedih dan kecewa L
Wanita adalah ujian bagi lelaki
Sejarah melakar-kan
Keagungan dan kehebatan kegemilangan Islam
Jatuh-nya kerana wanita
Ada wanita yang tidak beriman dan cenderung pada dunia,
Sanggup melibatkan diri dgn pelacuran dan teman berhibur
Kerana itu-lah kelemahan lelaki iaitu wanita,
Wanita tahu lelaki sanggup menghabiskan duit untuk mereka,
Ya Allah, ya Allah, ya Allah,
Hebatnya ujianMu di akhir zaman,
Buat wanita dan lelaki,
Hanya hidayahMu,
Dapat menyedarkan mereka,
Bahawa dunia ini,
Pinjaman sementara,
Akhirat nanti,hidup yang kekal selama-lamanya,
Apa yang mereka bawa semasa berada di dunia,
Itu-lah menjadi bekalan buat mereka,

Moga kita sentiasa menambah ilmu, amal dan iman,
Moga ‘pergi’ kita dalam keimanan.
In shaa Allah.
 

Sabtu, 10 Disember 2011

~Blog Baru~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Ana sudah lama tidak update blog ini kerana ana telah membina satu blog baru iaitu:
http//yummieislam.blogspot.com
InsyaAllah,blog baru ana ni lebih 'menawan' berbanding blog ini,tanpa masih kurang kandungan kerana ana baru membuka nya..
senang-senang,sila lah lawat blog baru ana ni.........

Rabu, 26 Oktober 2011

~Masa yg mengejar~

Assalamu'alaikum...

Sekarang,ana terlalu sibuk dengan pelajaran.InsyaAllah,selepas 3 minggu ,ana akan kembali update blog ini...

InsyaAllah,moga segalanya berjalan seperti yang dirangcang.

Selasa, 16 Ogos 2011

Nuzul alquran

NUZUL AL-QURAN

Sejarah al-Quran: Antara peristiwa agung dalam sejarah umat Islam di bulan Ramadan ialah turunnya kitab suci al-Quran atau disebut Nuzul al-Quran. Ia dirakamkan dalam al-Quran, melalui firman Allah yang bermaksud: “Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)

Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira’ tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad saw.



Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar yang dikurniakan kepada Nabi saw. Kita hendaklah beriman dan mempercayai isi kandungan al-Quran. Beriman dengan al-Quran merupakan salah satu dalam Rukun Iman.

Erti Nuzul al-Quran: ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari tempat sebelah atas ke tempat di sebelah bawah.‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia. Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam al-Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.1

Nama-Nama Lain:

Selain disebut al-Quran, ia juga disebut al-Kitab, al-Furqan, An-Nur, al-Zikr dan lain-lain. Proses Penurunan al-Quran: Al-Quran diturunkan beransur-ansur dalam masa 23 tahun.13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah. Kehebatan al-Quran:

1. Allah berfirman yang bermaksud: “Katakanlah wahai Muhammad, sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan sebanding dengannya walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri.” (Surah al-Israa’, ayat 88)

2. Orang yang membaca, menghafaz dan melihat sambil memikirkan keajaiban yang ada pada susunannya diberikan pahala.

3. Al-Quran sumber hidayah bagi kebahagiaan hidup manusia di dunia dan di akhirat.

4. Tidak sesiapa pun sama ada di kalangan manusia atau jin yang mampu mencipta ayat yang menyerupai al-Quran. Firman Allah yang bermaksud: “ dan jika kamu merasa ragu-ragu dengan apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami, bawalah satu surah yang seumpamanya, ajaklah saksi-saksi (penolong-penolong) kamu, selain Allah, sekiranya kamu (di kalangan) orang yang benar.”(al-Baqarah, ayat 23).

5. Al-Quran merupakan mukjizat tertinggi dan teristimewa yang hanya dikurniakan kepada Nabi saw.

6. Manusia belum mampu menyelami dan menerokai rahsia al-Quran secara menyeluruh sehingga hari ini. Ini bererti sifat kehebatan, kesaktian, keagungan dan keunggulan al-Quran secara tersendiri dengan pengertiannya yang amat luas dan mendalam kekal terpelihara hingga kiamat.

7. Al-Quran sebagai petunjuk jalan kebenaran. Membawa manusia daripada kegelapan kepada cahaya yang terang. Allah berfirman yang bermaksud: “Inilah Kitab yang tiada keraguan padanya, menjadi petunjuk kepada orang yang bertakwa.” (al-Baqarah, ayat 2)2

8. Membaca al-Quran mendapat ganjaran pahala dan syafaat daripada Allah. Rasulullah saw bersabda dengan maksud: ‘Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya.”

Tuntutan al-Quran: Sesungguhnya al-Quran mempunyai tiga hak yang wajib ke atas umat Islam untuk menunaikannya.
1.Hak untuk membaca dan bertilawah kepadanya.
2.Hak untuk bertakbir atau memahami makna dan menjiwai kehidupan.
3.Hak untuk beramal dengan seluruh isi kandungannya.
Peringatan:
1.Al-Quran untuk dibaca buka dijadikan perhiasan.
2.Al-Quran tidak menjadi syifa’ (ubat) bagi orang yang ingkar dan zalim.
3.Al-Quran menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa.
4.Hati yang keras boleh dilembutkan dengan hidayah al-Quran dengan keizinan Allah.
5.Pesan Nabi saw: Aku tinggalkan dua perkara yang jika kamu berpegang kepada kedua-duannya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnahku (al-Hadis).
Semoga Ramadan kali ini membawa rahmat buat kita semua. Amin.


Dr. Abdul Rahman Abdullah
Atase Pendidikan,
MSD Washington DC.
Ramadan 1430 September 2009

Ahad, 31 Julai 2011

Ramadhan datang lagi..

Tut,tut,tut..sekejap je masa berlalu,kini ramadhan datang lagi.Indahnya pada bulan rahmat ini yg penuh dengan rahsia dan sejuta ketenangan..kenapa begitu tenang pada bulan ini???Adakah di dalamnya,manusia begitu takut untuk melakukan maksiat atau kerana di dalam tiap-tiap malam umat islam di seluruh dunia menunaikan solat terawih..jawapan itu semua betul dan jawapan yg paling tepat kerana pada bulan ini,semua syaitan dan iblis di ikat dan dibelenggu di dalam neraka dan bulan ini dilimpahi dengan rahmat oleh Allah..

Bukan sahaja manusia yang gembira pada bulan ramadhan,makhluk-makhluk lain seperti haiwan-haiwan juga bergembira dengan kedatangan bulan rahmat ini..ketika ku sedang leka mengarang untuk blog ini,ku terdengar kicauan burung-burung yang begitu merdu..Mereka juga berzikir pada Allah dengan cara mereka.Begitu hebatnya kuasa Allah..subhanallah..

erm..bulan ramadhan..ku ingin lakarkan syair buat mu,walaupun aku tahu,aku tak cukup layak untuk menciptanya kerana aku bukan penyair tapi aku cipta cuma sekadar menandakan kegembiraan kerana kehadiranmu..

Ramadhan,
telah lama aku rindu dan menantikanmu,
akhirnya,kau tiba meleraikan rindu yg terpendam di dalam dada,
Ku pohon pada Allah,agar ramdhan kali ini,
aku akan memanfaatimu sepenuhnya,
aku akan usaha mencari cinta Allah yg sebenar-benarnya cinta,
aku tahu,bukan mudah,
namun aku akan berusaha..insya Allah.

Maaflah,jika terdapat kesilapan dalam syairku ini kerana aku bukan penyair..aku cuma pandai mengarang agar ayat-ayat itu berbunga-bunga..itu aje.

Bagaimana dengan sahabat-sahabat??Sudah bersedia untuk menghadapi bulan yg penuh keberkatan tapi dalam masa yg sama adalah bulan ujian untuk umat islam kerana terpaksa menahan lapaar dari subuh sehingga waktu maghrib..kita ikhlaskan puasa kita kerana Allah,bukan kerana terpaksa..insya Allah,kita tidak akan rasa terkonkong dan terseksa dalam puasa ini..

Biarlah puasa ini,menghapus doasa-dosa yg telah kita lakukan sebelum ini..dan agar apabila tamat bulan puasa ,hati kita menjadi sebersih hati bayi yg baru dilahirkan..insya Allah.

Dan selepas tamatnya bulan puasa,jiwa kita tidak lagi ingin melakukan perkara yg dilarang oleh Allah swt dan semoga kita menjadi insan yg sentiasa melakukan kebaikan..insya Allah.

Ana akhiri ayat-ayat blog ini,dengan firman Allah swt:
60. Dan orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan, dengan hati yang takut, (karena mereka tahu bahwa) sesungguhnya mereka akan kembali kepada Tuhan mereka[1008],

61. mereka itu bersegera untuk mendapat kebaikan-kebaikan, dan merekalah orang-orang yang segera memperolehnya[1009].

62. Kami tiada membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya, dan pada sisi Kami ada suatu kitab yang membicarakan kebenaran[1010], dan mereka tidak dianiaya.

(Al Mu'minuun;ayat 60-62)

KETERANGAN;
[1008]. Maksudnya: karena tahu bahwa mereka akan kembali kepada Tuhan untuk dihisab, maka mereka khawatir kalau-kalau pemberian-pemberian (sedekah-sedekah) yang mereka berikan, dan amal ibadah yang mereka kerjakan itu tidak diterima Tuhan.
[1009]. Maksudnya: orang-orang yang mempunyai sifat-sifat yang disebutkan dalam ayat-ayat 57, 58, 59, dan 60 itulah yang bersegera untuk mendapatkan kebaikan-kebaikan, dan kebaikan-kebaikan itu akan diberikan kepeda mereka dengan segera sejak di dunia ini.

Rabu, 27 Julai 2011

Menentang kebiasaan..

Kemahuan mukmin yang kuat adalah menentang dan meninggalkan kebiasaan.Kebiasaan manusia adalah lalai serta tenggelam dalam urusan dunia dan meninggalkan akhirat,ajaran Tuhan tidak masuk dalam hitungan serta tenggelam dalam beraneka syahwat.Seorang yang mencari cinta Tuhan hendaklah meninggalkan segala kebiasaannya.
Perbanyakkan membaca al-quran ……..menghayati terjemahannya……insyaallah engkau akan sentiasa dilindungi oleh Allah swt daripada tergolong dalam orang yang lalai.

Allah swt berfirman:
“Ia tidaklah memberi kepada seorangpun juga dengan tujuan berharap pemberiannya dibalas,terkecuali mengharap reda Tuhannya Yang Maha Tertinggi dan Tuhan pasti akan reda terhadapnya.”

(Al-Lail:19-21)

Kehidupanku

Kehidupan…………..diteruskan ,selagi nafas masih berhembus…..aku akan teruskan kehidupan ini.Kehidupan ini adalah tempat untuk aku mendapatkan tempat yang kekal di syurga…Tapi hanya Allah swt yang tahu,adakah hambaNya ini akan mendapat syurgaNya.Apa yang aku mampu lakukan adalah melaksanakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.Siapalah aku jika dibandingkan dengan Rasullulah saw,sahabat-sahabat Rasullulah saw dan orang-orang dahulu yang mula-mula beriman pada agama Allah swt.Mampukah aku memperoleh syurga Allah swt……………..

Ya Allah swt,Engkau Maha berkuasa,Engkau Maha Penyayang,Engkau Maha Bijaksana…Aku bermohon dengan namaMu agar aku termasuk hambaMu yang memperoleh syurgaMu.Kurniakanlah padaku solat yang khusyuk padaMu…….kerana hanya dengan solat yang khusyuk padaMu,aku akan memperoleh ketenangan dan dekat kepadaMu.