Isnin, 28 Disember 2009

kesakitan membawa rahmat

Kesakitan membawa rahmat

Assalamualaikum…

Hari ini,ringan tanganku untuk menaip blog .Aku mengalami kesakitan mata beberapa hari yang lepas .Kesakitan mengajar kita bersabar,kesakitan mengajar agar kita menghargai nikmat Allah swt yang tak ternilai hargainya.Kesakitan kita adalah ujian daripada Allah swt.

Dalam dunia ini ada sakit dan ada lawannya sihat,bumi lawannya langit,panas lawannya sejuk dan sebagainya.Dalam hidup ini,kita seharusnya menghargai nikmat Allah swt. Kebaikan yang Allah bagi kita hargainya dengan bersyukur kepadaNya dan ujian yang Allah swt bagi kepada kita ,kita kena hargainya juga kerana ada hikmah disebalik kejadian itu.

Banyak kejadian yang buruk berlaku dalam dunia ini,contohnya serangan Israel ke atas palestin,serangan Amerika keatas Iraq,bencana Tsunami di Acheh dan banyak lagi.Kenapa semua ini berlaku?Semua ini berlaku kerana adalah ketentuanNya ,untuk menguji hambaNya dan menyedarkan hambaNya yang terleka yang hidup di dunia ini.Apabila kita diuji oleh Allah swt dengan dugaan ini,barulah kita sedar yang kita adalah hamba kerdil yang diciptakan olehNya.Kita akan meminta pertolongan daripadaNya dan memohon taubat diatas segala kesilapan yang kita lakukan.Kita seharusnya bersyukur kepada Allah swt kerana menyedarkan kita didunia ,kita harus sedar,apabila Allah swt memberikan kita dugaan yang sebegitu besar maknanya Allah swt sayangkan hambaNya.Kita masih lagi sempat bertaubat sebelum hari pembalasan diakhirat .Siksa diakhirat teramat teramat siksanya….dalam ayat-ayat al-quran ,banyak menerangkan tentang siksaan api neraka.

Ayat 41,surah Al A'raaf ; Mereka mempunyai tikar tidur dari api neraka dan di atas mereka ada selimut (api neraka)[542]. Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang zalim,

[542]. Maksudnya: mereka terkepung dalam api neraka.

Ayat 19,surah Al Hajj ; Inilah dua golongan (golongan mukmin dan golongan kafir) yang bertengkar, mereka saling bertengkar mengenai Tuhan mereka. Maka orang kafir akan dibuatkan untuk mereka pakaian-pakaian dari api neraka. Disiramkan air yang sedang mendidih ke atas kepala mereka.

Ayat 15,surah Al Ma´aarij ; Sekali-kali tidak dapat, sesungguhnya neraka itu adalah api yang bergolak, Ayat 32,surah Al Mursalaat ; Sesungguhnya neraka itu melontarkan bunga api sebesar dan setinggi istana.

Ayat 15,surah Al Jin ; Adapun orang-orang yang menyimpang dari kebenaran, maka mereka menjadi kayu api bagi neraka Jahannam. Ayat 12,surah Al Insyiqaaq ; Dan dia akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka).Ayat 4,surah Al Ghaasyiyah ; memasuki api yang sangat panas (neraka).

Banyak lagi ayat-ayat alquran yang menerangkan tentang api neraka.Oleh itu,marilah sama-sama kita menghindari dari api neraka dengan sentiasa bertaubat kepadaNya dan mengerjakan amal kebaikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan