Khamis, 28 Oktober 2010

Percampuran antara lelaki dan wanita

MUQADIMAH

Dengan nama Allah yang Maha pemurah & Maha mengasihani. Segala pujian hanya berhak bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat & salam keatas Nabi Muhammad s.a.w, keatas keluarga & para sahabatnya serta sekalian yang mengikuti mereka itu hingga ke akhir zaman.

AL-KISAH

Telah maklum diketahui umum bahawa menyatukan pelajar lelaki dengan pelajar perempuan dalam institusi pengajian, sama ada dari peringkat rendah hingga ke peringkat tertinggi adalah kebiasaan yang menular di Negara kita ini. Tambah pula segala aktiviti yang berkaitan dengan pembelajaran & kokurikulum pun sedemikian jua. Lebih-lebih teruk lagi, Asrama lelaki & perempuan berdekatan tanpa ada apa-apa penghadang. Cerita-cerita yang pernah saya dengar sendiri daripada murid-murid saya dari kalangan pelajar-pelajar universiti tempatan dalam aliran agama bahawa mereka menyatakan perkara yang tidak enak didengari apabila kita timbangkan dengan neraca syariat.
Pelajar-pelajar jurusan agama ini menyatakan bahawa menjadi kebiasaan pelajar-pelajar membuat hubungan istimewa sesama mereka. Ini kerana, bila setiap hari melihat pelajar perempuan di dalam satu kelas atau pelajar perempuan yang lain pada sesuatu tempat dalam kampus.

Lebih-lebih lagi pelajar perempuan yang mempunyai rupa paras menawan, menjadi rebutan di kalangan pelajar-pelajar lelaki. Sehinggakan ada yang mengirim bunga untuk menawan hati sigadis jelita tersebut. Perhubungan begitu mudah, dengan telefon bimbit memainkan peranan yang penting dalam misi menakluki hati pelajar yang diminati serta sebagai alat yang dapat melayan perasaan pasangan-pasangan yang bercinta ini. Terdapat juga pelajar yang menjalin hubungan ‘istimewa’ dengan pensyarah muda yang memiliki rupa, yang baru menjawat tugas sebagai seorang pensyarah. Dalam kelas menghormatinya sebagai pendidik, dalam telefon bimbit dijadikannya sebagai seorang kekasih yang dirindui.

Lebih parah lagi ada yang berdating sambil berpegangan tangan dan terdapat kes ditangkap berdua-duaan dalam tandas. MasyaAllah!! Na’uuzibillah min zalik! Bukanlah semata-mata saya membongkar perkara-perkara aib sedemikian untuk melekeh & mencela. Saya terpaksa berbuat demikian, hanyalah bertujuan menyatakan hukum syariat tentang pencampuran pelajar lelaki & perempuan. Harap maaf!!! ‘Perkara yang baik dijadikan teladan dan perkara yang buruk dijadikan sempadan.’ Inilah realiti yang berlaku serta diakui sendiri oleh pelajar-pelajar IPT, baik dari aliran agama mahupun aliran biasa (lebih parah). Ini kerana, jawapan yang saya terima adalah sama di kalangan pelajar IPT yakni pencampuran pelajar lelaki-perempuan itu membawa kepada elemen-elemen yang tidak baik.Terdapat juga pelajar lelaki menyusup masuk ke dalam bilik pelajar perempuan dan sebaliknya.
Takutilah bala bencana Allah Taala yang berbentuk bencana alam seperti ‘Tsunami’, gempa bumi yang melenyapkan dan membinasakan apa saja atau berbentuk wabak penyakit seperti wabak ‘Je’, selsema burung, selsema khinzir dan lain-lain, datangnya tiada diduga. Ianya disebabkan oleh maksiat-maksiat yang dilakukan oleh penduduk bumi itu sendiri.

Hadis yang bermaksud:
“Tiadalah timbul @ nyata (secara terang-terangan) pada sesuatu kaum manusia, penzinaan dan amalan riba melainkan mereka sendiri meluluskan AZAB ALLAH (BALA BENCANA ALLAH).”

PUNCA-PUNCANYA

Kenapakah perkara ini tidak boleh berlaku? sedangkan semenjak dari kecil lagi muda-mudi kita dikotori fikiran mereka itu dengan tunjuk ajar yang negatif di sisi agama oleh syaitan yang besar iaitu TV & seumpamanya melalui rancangan-rancangan & filem-filem yang dipertontonkan. Didikan buruk yang menyalahi dengan syara’ yang terdapat di dalamnya seperti budaya berasyik-asyik dalam percintaan, adengan-adengan pergaulan bebas yang terbabas daripada batasan-batasan agama Allah Taala. Tidak kurang juga didikan membuka aurat dengan berpakaian yang ketat, singkat & menyingkap segala yang sepatutnya ditutup. Sehingga maruah harga diri seorang muslimat tidak kelihatan lagi melainkan dilihat seperti ciri-ciri perempuan orang kafir yang seperti binatang, bebas tanpa ikatan agama. Begitu juga dengan bahan-bahan cetak yang memainkan peranan penting dalam merosakkan moral muda-mudi kita.

MUQADIMAH ZINA

Bemula dari muqadimah zina atau dipanggil sebagai perkara yang membawa kearahnya (zina) iaitu percampuran antara lelaki & perempuan, aktiviti bersama-sama, pandang-memandang, membuat hubungan, bersentuh-sentuhan dan lain-lain, seterusnya boleh membawa kearah melakukan penzinaan itu sendiri.
Allah Taala melarang keras hambanya melakukan muqadimah zina dan zina itu sendiri dalam firmanNya, yang bermaksud: “Janganlah kamu menghampiri zina!”(surah al- Israa:32)
Imam Ibnu Kastir menafsirkan ayat ini dalam kitab tafsir beliau dengan katanya: “Allah Taala berfirman (dengan ayat ini) yang mana Dia melarang hambaNya daripada melakukan zina, menghampiri zina, melakukan sebab-sebab kearah zina serta segala perkara yang boleh membawa kepada penzinaan.”
Tersebut dalam kitab Hasyiah Futuhat ilahiyah pada menerangkan ayat ini: “Kerana ayat ini memberi pergertian larangan daripada melakukan muqadimah zina seperti bersentuhan, bercium, melihat (lelaki pandang kepada perempuan atau perempuan melihat kepada lelaki)…”

Pandang-memandang

Firman Allah Taala, yang bermaksud: “Katakan kepada kaum muslimin, Ya Muhammad! Pejamkanlah mata mereka (daripada melihat perkara-perkara yang tidak halal dilihat) dan kawallah alat kelamin mereka itu (daripada melakukan perkara yang tidak halal dilakukan)”. (surah AN-Nur:30)
FirmanNya lagi, yang bererti: “Katakanlah kepada kaum muslimat, Ya Muhammad! Pejamkanlah mata mereka (daripada melihat perkara-perkara yang tidak halal dilihat) dan kawallah alat kelamin mereka itu (daripada melakukan perkara yang tidak halal dilakukan)”(surah AN-Nur:31)

Al-Hafiz Ibnu Qayim Aljauziah menyatakan dalam kitab Addaa Wa ddawaa’ m/s 163, bahawa ‘pandangan’ merupakan salah satu daripada punca-punca kemasukkan maksiat pada hamba Allah. Beliau menerangkan hal tersebut dengan katanya: “Adapun pandangan-pandangan itu ianya menarik kepada syahwat & utusannya (syahwat). Kawalan pandangan ialah asas bagi penjagaan alat kelamin (daripada melakukan perkara haram), maka sesiapa melepaskan pandangannya tanpa kawalan nescaya ia meletakkan dirinya ke tempat kebinasaan-kebinasaan. Nabi Muhammad s.a.w bersabda, bermaksud: “Janganlah engkau ikutkan satu pandangan dengan pandangan yang seterusnya, kerana sesungguhnya tidak mengapa bagi engkau pandangan yang pertama dan tidak harus (haram) bagi engkau pandangan kali kedua.”
Ibnu Qayim menjelaskan lagi: “Pandangan itu asal kebanyakkan terjadinya bala bencana yang menimpa manusia. Ini kerana, ianya mendatangkan lintasan, seterusnya lintasan itu mendatangkan ingatan, seterusnya ingatan itu menerbitkan syahwat, seterusnya syahwat menerbitkan keinginan yang kuat maka jadilah azam yang teguh, lantas berlakulah perbuatan (zina) selagi tiada sesuatu yang menghalangnya. Kerana inilah, dimadahkan: Sabar pada memejam mata (tiada melihat perkara haram) ialah terlebih mudah daripada sabar terhadap kesakitan yang akan terjadi selepasnya…”

Bersentuhan

Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban & Ishak bin Rahawaih daripada Asmaa binti Yazid, yang bermaksud: “Bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya aku tidak berjabat tangan dengan perempuan…” Al-Hafiz Ibnu Hajar menyatakan hadis ini adalah hadis hasan.
Hadis yang bermaksud: “Demi Allah! Bahawa dicucuk seseorang daripada kalangan kamu di kepalanya dengan jarum besi adalah terlebih baik daripada ia bersentuhan dengan perempuan yang tidak halal baginya.”(Riwayat Tabarani). Al-Hafiz Ibnu Hajar membilang hadis ini sebagai hadis hasan.

Hubungan percintaan

Membuat hubungan percintaan di antara lelaki dengan perempuan tanpa ikatan yang sah terlebih dahulu adalah haram. Allah Taala melarang hambaNya daripada apa bentuk perkara, sama ada dengan melihat, membuat hubungan, menyentuh dan lain-lain yang merupakan habuan nafsu syahwat antara lelaki dan perempuan. Membuat hubungan intim hingga asyik dalam percintaan adalah merupakan muqadimah zina. Keasyikkan dan mabuk di alam percintaan ini membawa kekancah yang terlebih keji.
Ibnu Qayim menyatakan bahawa keasyikkan cinta pada sesuatu itu tidak dapat memberi kemaslahatan kepada dunia dan akhirat bahkan kemudaratannya bersangatan.
Beliau menerangkan di antara beberapa sebab keburukan yang terjadi daripada keasyikkan itu, dengan katanya: “Bahawa kerosakkan segi keduniaan dan keakhiratan bagi orang-orang yang asyik mabuk dengan sesuatu itu (asyik percintaan lelaki dengan perempuan atau asyik mabuk dengan perkara maksiat) terlebih cepat daripada api menghanguskan kayu yang kering. Ini adalah kerana hati, setiap kali ia berdekatan dengan keasyikkan dan kuat perhubungan dengannya nescaya jauhlah ia daripada Allah. Sejauh-jauh hati daripada Allah adalah hati orang-orang yang asyik dengan sesuatu. Apabila hati itu jauh daripada Allah, maka datanglah kepadanya kerosakkan-kerosakkan dan Syaitan mengambil alih memerintah hati tersebut dari segenap segi serta dapat mengerasinya. Syaitan tidak akan membiarkan dengan memberi kemudharatan yang semungkin ia dapat berikan kepada hati itu melainkan ia akan lakukannya. Maka apakah lagi diandaikan pada hati yang telah dapat musuhnya menguasainya dan bersungguh-sungguh menyesatkan dan membinasakan makhluk Allah?? Apakah yang dapat diandaikan pada hati yang jauh daripada penjaganya (Allah) sedangkan tiada ada kebahagiaan, kejayaan & kegembiraan melainkan dengan menghampiriNya serta di dalam penjagaanNya??
Disebabkan keasyikkan inilah, mereka sanggup merelakan & melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Syariat sepertimana keasyikkan cinta Zulaikha yang mendalam terhadap Nabi Yusuf, membuat ia bertindak di luar batasan.
Firman Allah, bermaksud: “Zulaikha memujuk-mujuk Yusuf untuk melakukan perbuatan sumbang ketika mana Yusuf di dalam biliknya (Zulaikha) & ia mengunci pintu biliknya itu, seterusnya berkata kepada Yusuf: “Kemarilah padaku…”(Yusuf:23). Ini adalah disebabkan keasyikkan cintanya yang mendalam terhadap Nabi Yusuf. FirmanNya Taala yang menceritakan perbualan perempuan-perempuan di Bandar Mesir terhadap Zulaikha, bermaksud: “…Sesungguhnya Zulaikha itu terlalu asyik mencintai hambanya (Yusuf)…”(Yusuf:30).

BAHAYA PERCAMPURAN DAN HIJAB PENGASINGAN

Bertitik mulai daripada ‘percampuran lelaki dengan perempuan’ itulah yang membawa kepada muqadimah-muqadimah zina yang lain seperti melihat, membuat hubungan, bersentuhan dan lain-lain serta boleh membawa kearah penzinaan itu sendiri. Kerana inilah, Allah Taala melarang hambaNya daripada pencampuran antara lelaki dengan perempuan melalui penurunan ‘Ayat Hijab’.
FirmanNya, bererti: “ Apabila kamu meminta sesuatu daripada mereka itu (isteri-isteri Nabi), maka pintalah kepada mereka melalui belakang tabir (penghadang). Demikian itu, terlebih membaiki & membersihkan hati kamu & hati mereka (isteri-isteri Nabi).” (Al-Ahzab:53).
Imam Qurtubi berkata: “Allah Taala menghendaki dengan ayat ini bahawa (meminta melalui belakang tabir) terlebih membersihkan hati daripada segala lintasan yang tidak baik, yang mendatangi bagi kaum lelaki pada lintasan perkara-perkara yang berkaitan dengan kaum wanita & yang mendatangi bagi kaum wanita pada lintasan perkara-perkara yang berkaitan dengan kaum lelaki. Yakni, demikian itu terlebih menafi & menjauhkan daripada tomahan serta terlebih teguh pada kawalan (daripada berlaku perkara yang ditegah)…”
Ayat Hijab bersifat umum
Ayat Hijab ini umum hukumnya bagi sekalian Muslimat, bukan hanya untuk isteri-isteri Nabi s.a.w. Ini kerana, apabila golongan sebaik-baik umat iaitu para sahabat & isteri-isteri baginda disyarakan hijab penghadang antara mereka maka umat yang terkemudian, yang mana kemungkaran berleluasan terlebih utama lagi dengan hukum ini. Lebih-lebih lagi, telah diyakini dengan secara umum bahawa berlakunya muqadimah zina & seterusnya penzinaan, apabila tiada mengasingkan antara lelaki dengan perempuan seperti yang berlaku di insitusi-insitusi pengajian.
Imam Qurtubi menjelaskan bahawa ayat Hijab ini umum hukumnya, dengan katanya: “Pada ayat ini menjadi dalil bahawa Allah Taala membenarkan meminta kepada isteri-isteri Nabi s.a.w disebalik tabir, apabila terdapat sesuatu hajat atau pun masalah agama yang diminta fatwa daripada isteri-isteri baginda. Termasuklah sekalian perempuan (tidak hanya isteri-isteri Nabi) dalam hukum sedemikian dengan pergertian yang difahami daripada ayat tersebut&juga dengan apa yang terdapat di dalamnya asas-asas syariat iaitu dari segi diri wanita itu adalah aurat, sama ada badannya&suaranya (di sisi mazhab Syafie: suaranya aurat jika seseorang lelaki terasa enak apabila mendengarnya)…”

Sokongan bahawa Ayat Hijab bersifat umum

Sebagai menguatkan bahawa ayat Hijab ini bersifat umum, terdapat di antara beberapa riwayat hadis tentang sebab turunnya ayat ini, riwayat yang menunjukkan bahawa pencampuran itu membawa kepada perkara-perkara yang tidak elok. Hadis yang dikeluarkan oleh Nasaie daripada Mujahid seterusnya daripada Aisyah, yang bererti: “Adalah aku makan ‘Haisan’(bubur yang dibuat daripada tamar,minyak sapi&gandum) bersama Nabi s.a.w di dalam satu mangkuk maka Umar melewati kami lalu baginda menjemputnya&ia pun makan bersama. Kemudian, tersentuh tangan Umar dengan tanganku lantas ia berkata: “Bagus-bagus!!” atau “Wah-wah!!”(nada tidak menyukai). Umar menambah lagi: “Jika diikutkan kehendakku terhadap isteri-isteri Nabi ini, aku harap mereka tidak dilihat oleh mata manusia, lalu diturunkan ayat Hijab.”

Nabi saw memandang serius tentang percampuran

Nabi s.a.w mengambil perhatian serius dan memberi penekanan yang berat terhadap percampuran tersebut sehinggakan kelibat kaum Hawa ini pun, baginda tidak membenarkannya. Ini sebagaimana yang terdapat di dalam Sahih Bukhari daripada sanadnya yang berhubung kepada Az-Zuhri daripada Hindun Bt. Haris seterusnya daripada Ummu Salamah radhiyallah -anha, berkata: “Adalah Rasulullah s.a.w, apabila memberi salam (di dalam solat), lalu kaum perempuan bangun berdiri ketika telah selesai salam baginda. Baginda tetap sejenak di tempat duduknya sebelum bangun berdiri. Kata Perawi (Az-Zuhri): “Kami berpendapat (wallahu ‘aklam) perbuatan Nabi tersebut supaya kaum wanita beredar sebelum dapat dilihat oleh seorang pun daripada kaum lelaki.” (Sahih Bukhari: bab solat kaum wanita di belakang kaum lelaki)

AZAB DAHSYAT BAGI PEREMPUAN YANG TIDAK MENUTUP AURAT DAN BERPAKAIAN MENJOLOK MATA

Wahai kaum perempuan yang tidak menutup aurat atau berpakaian seluar dan baju ketat @ singkat yang boleh membangkitkan nafsu lelaki! takutilah kamu azab sengsara yang Allah Taala sediakan di akhirat kelak. Janganlah dituruti cara berpakaian perempuan kafir dan artis-artis yang fasik.

Ambillah iktibar dengan perkhabaran Junjungan Besar Nabi kita saw yang menceritakan kepada Saidina Ali tentang perempuan yang diazabkan ketika malam ‘Isra’ & Mikraj’, maksudnya: “Wahai Ali! Ketika malam diisra’kan daku ke langit, aku melihat perempuan daripada kalangan umatku yang diazabkan dengan berbagai-bagai azab maka aku menangis takala melihat bersangat azab mereka itu. Aku melihat perempuan yang digantung dengan rambutnya hingga mengelegak otaknya…” Kemudian Saidatina Fatimah menanyakan sebab diazabkan sedemikian, Nabi menerangkan, maksudnya: “Wahai anak kesayanganku! Adapun perempuan yang digantung dengan rambutnya itu disebabkan dia (di dunia dahulu), tidak menutup rambutnya daripada kaum lelaki….”(Azzawajir, m/s 67)

Nabi saw menceritakan di antara sifat @ kelakuan salah satu daripada empat golongan perempuan yang menjadi ahli neraka, bermaksud: “…Seseorang perempuan yang tidak menutup aurat dirinya daripada lelaki (ajnabi) dan dia keluar daripada rumahnya dengan ‘Tabaruj’(menzahirkan keelokan/berhias-hias untuk menarik pandangan/keinginan/perhatian kaum lelaki)..”(Azzawajir Ibnu Hajar Al-Haitami, m/s 66)

Sabdanya lagi, bermaksud: “Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi masih bertelanjang (tidak menutup aurat dengan sempurna), yang menjadikan dirinya sebagai contoh ikutan terhadap perbuatan keji mereka (membuka aurat), yang menyimpang daripada ketaatan terhadap Allah (tidak menunaikan kewajipan ke atas mereka), rambut kepala mereka seperti ungguh unta Khurasan, mereka tidak akan masuk surga dan tidak dapat mencium baunya (surga).” (Riwayat Muslim: Kitab Al-Libas, bab an-nisa al-kasiyat al-‘aariyaat)
Jangan terlampau bebas keluar & menzahirkan diri di khalayak lelaki
Kebebasan seseorang perempuan dari sudut syariat Islam adalah terbatas, tidak seperti lelaki. Mereka tidak digalakkan bebas keluar rumah dengan menzahirkan diri di khayalak ramai. Ini sebagaimana yang disebutkan oleh Allah Taala dalam Surah Al-Ahzab:33, bermaksud: “ Hendaklah mereka (perempuan) tetap di dalam rumah mereka dan janganlah bertabarruj sebagaimana bertabarruj perempuan-perempuan jahiliah yang dahulu.”

Makna ‘Tabarruj’ ialah menzahirkan keelokkan/perhiasan/berhias-hias/menarik perhatian kepada lelaki ajnabi (asing yang bukan mahram). Mujahid, murid Ibnu Abbas, berpendapat bahawa perempuan-perempuan berjalan mundar-mandir bersama-sama dalam khalayak kaum lelaki maka itulah dinamakan ‘Tabarruj’.

Hadis yang diriwayatkan oleh At-Tabarani, bermaksud: “Tidaklah Perempuan berhak keluar dari rumahnya melainkan terpaksa (perkara yang mustahak/tidak dapat tiada) dan tidaklah mereka berhak melalui jalan lalu-lalang melainkan di tepi-tepi jalan sahaja.”
Tersebut dalam kitab Azzawajir bagi Ibnu Hajar Al-Haitami, Hadis yang bermaksud: “Perempuan adalah aurat maka apabila ia keluar daripada rumahnya, nescaya syaitan mendongak melihat kepadanya. Terlebih menghampiri diri seseorang perempuan kepada Allah Taala ialah apabila ia berada di dalam rumahnya.”
Hadis yang bermaksud: “Perempuan adalah aurat maka kamu tahanlah mereka di dalam rumah-rumah…. .(dalam kitab Azzawajir :m/s 66)
Saidina Ali berkata: “Adakah kamu tidak malu?, adakah kamu tidak cemburu? Seseorang daripada kalangan kamu membiarkan isterinya keluar di khalayak lelaki. Isterinya melihat mereka. Mereka melihatnya.”
Saidina Ali bertanya kepada isterinya, Fatimah: “Apakah sesuatu yang terbaik bagi seseorang perempuan?Fatimah menjawab: “ Bahawa dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak dapat melihatnya.” .(dalam kitab Azzawajir: m/s 66)

AKHIR KALAM
Lantaran itu, kembalilah! kearah Tuhan Rabul ‘izzah, Tuhan semesta alam, yang mencipta serta mentadbirkan kita dengan sifat RahmanNya, dengan membaiki segala kesilapan, kealpaan dan kegelinciran kita yang tersimpang jauh daripada landasan SyariatNya. Hendaklah kita berpegang teguh dengan syariat Allah, walau apa jua keadaan sekalipun.
WALLAHU’ALAM….

Disusun oleh:-
Nik Mohd Nazimuddin Bin Nik Ibrahim Bin Nik Yaacob Bin Nik Yusuf (Imam Masjid Langgar) Bin Wan Abd. Rahman Bin Wan Taib Bin Wan Mohd Said Bin Wan Abd. Salam Bin Wan Su Bin Wan Abu Bakar Bin Tok Kaya Pandik Wan Ismail Bin Faqih @ Andik @ Ne’ @ Nik Ali (Mufti Kerajaan Islam Patani Darussalam&pengarang kitab Tarikh Patani) Bin Wan Muhammad (Orang Kaya Seri Akar Maha Puteri Bagi Sultan Ismail Zhilullah Fil Alam) Bin Dato’ Seri Raja Faqih (Syeikhul Islam) Syeikh Shafiyyuddin (Pendakwah dari Pasai yg datang ke Patani Darussalam sekitar thn 1400M).

Dari laman web:
http://khairuummah77.wordpress.com/

Isnin, 25 Oktober 2010

Hadis dan penjelasan hadis

Hadits Ke-2

Dari Umar rodhiyallohu’anhu juga, beliau berkata: Pada suatu hari ketika kami duduk di dekat Rosululloh shollallohu ‘alaihi wasallam, tiba-tiba muncul seorang laki-laki yang berpakaian sangat putih dan rambutnya sangat hitam. Pada dirinya tidak tampak bekas dari perjalanan jauh dan tidak ada seorangpun diantara kami yang mengenalnya. Kemudian ia duduk di hadapan Nabi shollallohu ‘alaihi wasallam, lalu mendempetkan kedua lututnya ke lutut Nabi, dan meletakkan kedua tangannya di atas kedua pahanya, kemudian berkata: ”Wahai Muhammad, terangkanlah kepadaku tentang Islam.” Kemudian Rosululloh shollallohu’alaihi wasallam menjawab: ”Islam yaitu: hendaklah engkau bersaksi tiada sesembahan yang haq disembah kecuali Alloh dan sesungguhnya Muhammad adalah utusan Alloh. Hendaklah engkau mendirikan sholat, membayar zakat, berpuasa pada bulan Romadhon, dan mengerjakan haji ke rumah Alloh jika engkau mampu mengerjakannya.” Orang itu berkata: ”Engkau benar.” Kami menjadi heran, karena dia yang bertanya dan dia pula yang membenarkannya. Orang itu bertanya lagi: ”Lalu terangkanlah kepadaku tentang iman”. (Rosululloh) menjawab: ”Hendaklah engkau beriman kepada Alloh, beriman kepada para malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para utusan-Nya, hari akhir, dan hendaklah engkau beriman kepada taqdir yang baik dan yang buruk.”Orang tadi berkata: ”Engkau benar.” Lalu orang itu bertanya lagi: ”Lalu terangkanlah kepadaku tentang ihsan.” (Beliau) menjawab: “Hendaklah engkau beribadah kepada Alloh seolah-olah engkau melihat-Nya. Namun jika engkau tidak dapat (beribadah seolah-olah) melihat-Nya, sesungguhnya Ia melihat engkau.” Orang itu berkata lagi: ”Beritahukanlah kepadaku tentang hari kiamat.” (Beliau) mejawab: “Orang yang ditanya tidak lebih tahu daripada yang bertanya.” Orang itu selanjutnya berkata: ”Beritahukanlah kepadaku tanda-tandanya.” (Beliau) menjawab: ”Apabila budak melahirkan tuannya, dan engkau melihat orang-orang Badui yang bertelanjang kaki, yang miskin lagi penggembala domba berlomba-lomba dalam mendirikan bangunan.” Kemudian orang itu pergi, sedangkan aku tetap tinggal beberapa saat lamanya. Lalu Nabi shollallohu ’alaihi wasallam bersabda: ”Wahai Umar, tahukah engkau siapa orang yang bertanya itu ?”. Aku menjawab: ”Alloh dan Rosul-Nya yang lebih mengetahui.” Lalu beliau bersabda: ”Dia itu adalah malaikat Jibril yang datang kepada kalian untuk mengajarkan agama kalian.”(HR. Muslim).
Kedudukan HaditsMateri hadits ke-2 ini sangat penting sehingga sebagian ulama menyebutnya sebagai “Induk sunnah”, karena seluruh sunnah berpulang kepada hadits ini.
Islam, Iman, dan IhsanDienul Islam mencakup tiga hal, yaitu: Islam, Iman dan Ihsan. Islam berbicara masalah lahir, iman berbicara masalah batin, dan ihsan mencakup keduanya.Ihsan memiliki kedudukan yang lebih tinggi dari iman, dan iman memiliki kedudukan yang lebih tinggi dari Islam. Tidaklah ke-Islam-an dianggap sah kecuali jika terdapat padanya iman, karena konsekuensi dari syahadat mencakup lahir dan batin. Demikian juga iman tidak sah kecuali ada Islam (dalam batas yang minimal), karena iman adalah meliputi lahir dan batin.
Perhatian!Para penuntut ilmu semestinya paham bahwa adakalanya bagian dari sebuah istilah agama adalah istilah itu sendiri, seperti contoh di atas.
Iman Bertambah dan BerkurangAhlussunnah menetapkan kaidah bahwa jika istilah Islam dan Iman disebutkan secara bersamaan, maka masing-masing memiliki pegerttian sendiri-sendiri, namun jika disebutkan salah satunya saja, maka mencakup yang lainnya. Iman dikatakan dapat bertambah dan berkurang, namun tidaklah dikatakan bahwa Islam bertambah dan berkurang, padahal hakikat keduanya adalah sama. Hal ini disebabkan karena adanya tujuan untuk membedakan antara Ahlussunnah dengan Murjiáh. Murjiáh mengakui bahwa Islam (amalan lahir) bisa bertambah dan berkurang, namun mereka tidak mengakui bisa bertambah dan berkurangnya iman (amalan batin). Sementara Ahlussunnah meyakini bahwa keduanya bisa bertambah dan berkurang.
Istilah Rukun Islam dan Rukun ImanIstilah “Rukun” pada dasarnya merupakan hasil ijtihad para ulama untuk memudahkan memahami dien. Rukun berarti bagian sesuatu yang menjadi syarat terjadinya sesuatu tersebut, jika rukun tidak ada maka sesuatu tersebut tidak terjadi.Istilah rukun seperti ini bisa diterapkan untuk Rukun Iman, artinya jika salah satu dari Rukun Iman tidak ada, maka imanpun tidak ada. Adapun pada Rukun Islam maka istilah rukun ini tidak berlaku secara mutlak, artinya meskipun salah satu Rukun Islam tidak ada, masih memungkinkan Islam masih tetap ada.
Demikianlah semestinya kita memahami dien ini dengan istilah-istilah yang dibuat oleh para ulama, namun istilah-istilah tersebut tidak boleh sebagai hakim karena tetap harus merujuk kepada ketentuan dien, sehingga jika ada ketidaksesuaian antara istilah buatan ulama dengan ketentuan dien, ketentuan dien lah yang dimenangkan.
Batasan Minimal Sahnya Keimanan
1. Iman kepada Allah.Iman kepada Allah sah jika beriman kepada Rububiyyah-Nya, uluhiyyah-Nya, dan asma’ dan sifat-Nya.
2. Iman kepada Malaikat.Iman kepada Malaikat sah jika beriman bahwa Allah menciptakan makhluk bernama malaikat sebagai hamba yang senantiasa taat dan diantara mereka ada yang diperintah untuk mengantar wahyu.
3. Iman kepada Kitab-kitab.Iman kepada kitab-kitab sah jika beriman bahwa Allah telah menurunkan kitab yang merupakan kalam-Nya kepada sebagian hambanya yang berkedudukan sebagai rasul. Diantara kitab Allah adalah Al-Qurán.
4. Iman kepada Para Rasul.Iman kepada para rasul sah jika beriman bahwa Allah mengutus kepada manusia sebagian hambanya mereka mendapatkan wahyu untuk disampaikan kepada manusia, dan pengutusan rasul telah ditutup dengan diutusnya Muhammad shallallaahu álaihi wa sallam.
5. Iman kepada Hari Akhir.Iman kepada Hari Akhir sah jika beriman bahwa Allah membuat sebuah masa sebagai tempat untuk menghisab manusia, mereka dibangkitkan dari kubur dan dikembalikan kepada-Nya untuk mendapatkan balasan kebaikan atas kebaikannya dan balasan kejelekan atas kejelekannya, yang baik (mukmin) masuk surga dan yang buruk (kafir) masuk neraka. Ini terjadi di hari akhir tersebut.
6. Iman kepada Taqdir.Iman kepada taqdir sah jika beriman bahwa Allah telah mengilmui segala sesuatu sebelum terjadinya kemudian Dia menentukan dengan kehendaknya semua yang akan terjadi setelah itu Allah menciptakan segala sesuatu yang telah ditentukan sebelumnya.
Demikianlah syarat keimanan yang sah, sehingga dengan itu semua seorang berhak untuk dikatakan mukmin. Adapun selebihnya maka tingkat keimanan seseorang berbeda-beda sesuai dengan banyak dan sedikitnya kewajiban yang dia tunaikan terkait dengan hatinya, lesannya, dan anggota badannya.
Taqdir BurukBuruknya taqdir ditinjau dari sisi makhluk. Adapun ditinjau dari pencipta taqdir, maka semuanya baik.
Makna IhsanSebuah amal dikatakan hasan cukup jika diniati ikhlas karena Allah, adapun selebihnya adalah kesempurnaan ihsan. Kesempurnaan ihsan meliputi 2 keadaan:
1. Maqom Muraqobah yaitu senantiasa merasa diawasi dan diperhatikan oleh Allah dalam setiap aktifitasnya, kedudukan yang lebih tinggi lagi.
2. Maqom Musyahadah yaitu senantiasa memperhatikan sifat-sifat Allah dan mengaitkan seluruh aktifitasnya dengan sifat-sifat tersebut.

Sumber: Ringkasan Syarah Arba’in An-Nawawi - Syaikh Shalih Alu Syaikh Hafizhohulloh - http://muslim.or.id

Penyusun: Ustadz Abu Isa Abdulloh bin Salam (Staf Pengajar Ma’had Ihyaus Sunnah, Tasikmalaya)

Kata-kata motivasi

Ana ingin mencoretkan sedikit motivasi kepada sahabat-sahabat yang mungkin rasa tak bersemangat untuk belajar,yang rasa putus asa ,yang malas belajar,yang mudah terpengaruh dengan sahabat-sahabat lain yang tidak belajar dan apa-apa sahaja perasaan negatif yang bermain dalam fikiran….teruskan berusaha mencari kata-kata positif yang datang dari dalam diri kalian.
Ana tidak sehebat mana,dalam memberi motivasi..tapi dalam masa yang terhad,ana cuba meluangkan masa untuk menaip kata-kata motivasi ini..agar ia dapat memberikan semangat baru dan memberikan inspirasi kepada sahabat-sahabat untuk berusaha mencapai kejayaan..anggap lah,ia sumbangan daripada seorang sahabat untuk kalian.
Kalian sedar atau tidak…kalian memerlukan motivasi untuk melakukan apa sahaja aktiviti dan juga kalian perlukan motivasi untuk meneruskan hidup di muka bumi yang penuh dengan onak dan duri.Seseorang yang hidup tanpa motivasi yang kuat dalam dirinya..dia akan menjadi seorang yang lemah dan mudah berputus asa.Sedikit sahaja diuji dengan ujian..dia sudah menjadi seorang yang berputus asa….ada sesetengah orang sanggup membunuh diri semata-mata motivasi telah hilang dalam dirinya sehingga mereka beranggapan tiada guna lagi mereka hidup di muka bumi ini.
Bagi ana,motivasi adalah sesuatu yang amat penting dalam hidup….hidup tanpa motivasi seperti hidup tanpa masa hadapan.Motivasi perlu ditanam dalam diri sendiri dengan kata-kata semangat yang diterbitkan dari hati,maupun cita-cita yang menggunung sehingga menjadikan seseorang itu berusaha bersungguh-sungguh untuk menggapai apa yang diimpikan.Sesiapa yang merasakan bahawa dia tidak dapat mengeluarkan kata-kata semangat dari dalam hatinya,mereka boleh memupuk motivasi dengan membaca buku-buku motivasi dan membaca kisah-kisah kejayaan orang yang telah mencapai kejayaan yang cemerlang.Insyaallah,kalian akan menjadi seseorang yang mempunyai motivasi dalam hidup.
Apabila kalian baca post ini,mungkin ada sesetengah sahabat yang tidak berpuas hati dan akan melemparkan kata-kata sinis ..… ‘awak tak pe lah,Cuma berkata-kata’.Untuk pengetahuan sahabat-sahabat,sebelum jari-jari saya menaip kata-kata motivasi ini,saya telah mengalami pelbagai kepayahan dalam hidup…sebab itu,saya bisa menulis kata-kata motivasi ini kerana ia adalah sebahagian dari pengalaman saya sendiri .

Cukuplah disini sebagai pengajaran,saya menceritakan kepada sahabat-sahabat pengalaman hidup saya ...Saya adalah pelajar ijazah sarjana muda dengan kepujian dalam bidang bioteknologi tapi selepas 3 tahun saya konvokesyen…saya masih tidak memperoleh jawatan yang saya idam-idamkan.Saya berfikir….maukah saya dalam keadaan begini,untuk 5 atau 6 tahun lagi.Oleh itu,saya telah mengambil keputusan untuk belajar semula dengan kelulusan yang sama(degree) bagi menaikkan pointer saya…ia adalah satu keputusan dan pengorbanan yang besar..namun motivasi untuk menjadi seorang yang berjaya dalam hidup,telah membuatkan saya membulatkan tekad untuk belajar semula.Ini hanya lah contoh kecil yang saya utarakan di sini..masih banyak lagi kisah-kisah lain yang boleh dijadikan teladan dan pengajaran untuk sahabat-sahabat..

Satu soalan yang ana ingin utarakan disini…kenapa kalian menyambung pelajaran di IPT?Adakah kalian belajar di IPT,semata-mata hanya inginkan sijil sahaja,ataupun kalian akan rasa hebat apabila dapat belajar di IPT?Jikalau hanya disebabkan beberapa sebab di atas,kalian ingin menyambung pelajaran di IPT,ana sarankan kalian tidak perlu bersusah-payah untuk belajar di IPT..kerana ia cuma merugikan diri kalian.

Kenapa ana berkata demikian…apabila kalian mempunyai niat untuk menyambung pelajaran di IPT ,perkara yang perlu ada di dalam hati kalian..adalah untuk mencapai kejayaan yang cemerlang.

Ana adalah salah seorang graduan yang pernah mencari kerja dengan pointer yang kurang memuaskan(bawah 3 pointer) dan ana sudah merasai perit dan susah untuk mendapat kerja..apa lagi dalam bidang bioteknologi.Tapi tidak semua sahabat-sahabat yang diluar sana,yang mendapat pointer dibawah 3 tidak mendapat pekerjaan...bergantung pada rezeki dan nasib masing-masing..Yang jelas,majority graduan yang menganggur adalah graduan yang mendapat pointer dibawah 3.
Jikalau kalian ingin menyambung pelajaran semata-mata untuk enjoy atau sebagainya…kalian tak akan dapat target pointer yang memuaskan..ada sesetengah pelajar terpaksa diberhentikan kerana mendapat pointer yang teruk.Nasihat ana pada sahabat-sahabat,ambil peluang yang diberikan ini,untuk belajar bersungguh-sungguh untuk menggapai kejayaan..kerana peluang ini cuma datang sekali dalam hidup kalian…sekali kalian dapat pointer yang rendah,maupun gagal..susah untuk kalian membaikinya lagi.Jangan sia-siakan peluang yang ada di depan mata.

Jangan hampakan harapan mak dan ayah..jangan merugikan diri sendiri dengan tidak belajar bersungguh-sungguh...jangan mudah terpedaya dengan rakan sebaya yang berfikiran negatif dan yang tidak ingin belajar...terapkan semua ini,dalam diri kalian..insyaallah,kalian kan berjaya..

good luck...

...usaha,doa dan tawakkal..insyaallah,kejayaan akan menjadi milik sahabat-sahabat dengan izin Allah swt....

Ahad, 24 Oktober 2010

Alhamdullilah..pagi yang indah

Assalamu'alaikum...

Hari ini,begitu indah sekali kelihatan dengan cahaya pagi memancar dari langit..Alhamdullilah,kupanjatkan kesyukuran kepada Ilahi kerana masih memberi peluang kepadaku untuk bernafas di muka bumiNya...

Jikalau diperhatikan blogku ini,sejak akhir-akhir ini..pengisian begitu berkurangan.Ini kerana ana agak kesempitan masa,sejak ana melanjutkan pelajaran di IPT...banyak perkara yang perlu diuruskan..

Alhamdullilah..cuti semester bermula,jadi diwaktu ini ana mempunyai masa terluang yang banyak.Insyaallah,ana akan isi masa terluang ini dengan mengisikan blog kesayangan ana ini dengan pengisian yang bermanfaat untuk sahabat-sahabat...

Mungkin,dikala kita mengelamun..kita terfikir bagaimana untuk menghadirkan perasaan cinta kepada Allah swt dalam hati kita....

Bagaimana ye??Cuba sahabat-sahabat mengamalkan terapi ini....tiap-tiap hari,dikala waktu petang atau pagi masa beristirehat,cuba sahabat-sahabat bersantai-santai di luar rumah atau di padang yang luas..dan kalau boleh cuma bersendirian...dan kalian memperhatikan penciptaan alam (penciptaan langit,bumi,burung) dan kalian perhatikan dalam masa 30 minit(paling sedikit)...

Apa yang hadir,dalam hati kalian?Rasa kagum bukan dengan penciptaan yang begitu indah,hebat...Siapa yang mampu menciptakan semua ini..hanya Allah swt mampu menciptakan semua ini...

Firman Allah SWT:
Allah-lah yang menjadikan bumi bagi kamu tempat menetap dan langit sebagai atap, dan membentuk kamu lalu membaguskan rupamu serta memberi kamu rezki dengan sebahagian yang baik-baik. Yang demikian itu adalah Allah Tuhanmu, Maha Agung Allah, Tuhan semesta alam. (Al Mu'min:ayat 64)

Allah-lah yang menjadikan malam untuk kamu supaya kamu beristirahat padanya; dan menjadikan siang terang benderang. Sesungguhnya Allah benar-benar mempunyal karunia yang dilimpahkan atas manusia, akan tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur. (Al Mu'min:ayat 61)

Dan Allah, Dialah Yang mengirimkan angin; lalu angin itu menggerakkan awan, maka Kami halau awan itu kesuatu negeri yang mati lalu Kami hidupkan bumi setelah matinya dengan hujan itu. Demikianlah kebangkitan itu. (Faathir:ayat 9)

Peringatan untuk diri sendiri juga..

Khamis, 21 Oktober 2010

Isu adam lambert gay....

Alhamdullilah....Rasanya masa terluang ini ,saya ingin penuhkan blog saya dengan pengisian....

Dalam waktu yang terdekat ini....begitu hebat,masyarakat dan rakyat malaysia menentang konsert Adam Lambert di malaysia..dan ada juga segelintir yang menyokong konsert Adam Lambert di malaysia..Bagaimana dengan sahabat-sahabat,kalian dipihak mana?menyokong atau menentang konsert Adam Lambert di malaysia?Kalau sahabat-sahabat mengajukan soalan ini kepada saya..sudah tentu jawapan saya,menentang?Kenapa saya perlu menentang konsert Adam Lambert di malaysia?

Firman Allah SWT:

Dan (Kami juga telah mengutus) Luth (kepada kaumnya). (Ingatlah) tatkala dia berkata kepada mereka: "Mengapa kamu mengerjakan perbuatan faahisyah itu[551], yang belum pernah dikerjakan oleh seorangpun (di dunia ini) sebelummu?" Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsumu (kepada mereka), bukan kepada wanita, malah kamu ini adalah kaum yang melampaui batas.(Al A'raaf:ayat 80-81)

[551] Perbuatan faahisyah di sini ialah: homoseksual sebagaimana diterangkan dalam ayat diatas.

Ada orang yang mempertikaikan ,betulkah Adam Lambert gay?Jadi siapa yang boleh menjawab soalan,hanya Adam Lambert yang boleh menjawab soalan ini..dan soalan itu telah dijawab oleh Adam Lambert bahawa dia adalah gay...Rasanya,tidak perlu lah,saya menyelitkan artikel itu dalam laman ini..kalau sahabat-sahabat ingin membaca artikel itu..cukuplah sahabat-sahabat search dalam google .." Adam Lambert gay".

Jadi apa kaitan Adam Lambert gay dengan konsert Adam Lambert di Malaysia?Apa kaitan nya...
Perlu ke,sahabat-sahabat mengemukakan soalan ini..Rasanya,kalian sendiri tahu jawapannya..terutama yang menjadikan dunia artis sebahagian dalam hidup mereka...

Bagi segelintir remaja dan golongan dewasa,artis adalah idola mereka...ada yang meniru gaya artis,ada yang ingin menjadi dan mempunyai kehidupan seperti artis....Jadi apa amplikasinya,jika Adam Lambert dijadikan idola rakyat Malaysia..Oleh itu,kalian fikir-fikirkan lah?

Alang-alang sudah bercakap soal gay..jadi ana ingin menyentuh isu ini....gay?Maksudnya...mereka yang cenderung pada pasangan yang sama jantina,dengan kata lain..gay boleh juga diertikan orang yang mengamalkan homosexual....

Salah satu lagi....isu mak nyah jugak selalu dikaitkan dengan isu gay...

Kenapa harus jadi mak nyah..sedangkan golongan lelaki di dunia semakin brkurangan,kenapa hendak ditambah golongan perempuan dengan menjadikan diri sbagai perempuan.cukuplah perempuan yang sedia ada di muka bumi ini...

Ada yang mengatakan dia menjadi golongan mak nyah kerana memang ada perasaan semulajadi dalam diri mereka..mempunyai perasaan yang sama dengan perempuan dan mereka juga ada perasan yang berlainan pada lelaki..
Mungkin juga,faktor ini juga disebabkan oleh pengaruh 'mak'..dimana ibu yang melahirkan anak ingin sekali mendapat anak perempuan tetapi sebaliknya,dia mendapat anak lelaki..Oleh itu,dia akan menjaga anak lelakinya sepertimana dia membesarkan anak perempuan nya;dia akan memakaikan baju perempuan untuk anak lelakinya....Ini menyebabkan anak lelaki membesar dengan menganggap dirinya seolah-olah perempuan..

Walau apapun faktor yang menyebabkan kalian ingin menjadi mak nyah...itu bukanlah penyebab utama.Tapi faktor utama yang menyebabkan kalian cenderung untuk menjadi mak nyah kerana nafsu ,hasutan syaitan dan lemahnya iman dalam dada..

Mungkin ada di luar sana yang bergelar mak nyah..yang ingin sekali melakukan perubahan dengan menjadi seorang lelaki tulen..lakukan perubahan dengan memperbaiki iman dalam hati,memperbaiki solat,memperbaiki bacaan alquran supaya lebih lancar,mengikuti kelas-kelas agama,menghayati tafsir alquran dan bawalah ia kemana sahaja kalian pergi dan memperbanyakkan bacaan risalah-risalah dan buku-buku agama..insyaallah,dengan terapi ini,kalian akan dapat melakukan perubahan.....

Bukan mudah ye,untuk melakukan perubahan dalam sekelip mata..lakukan lah perlahan-lahan tapi istiqamah..insyaallah,kalian akan berjaya...

Musuh yang paling utama dalam hidup kita adalah nafsu kita sendiri,dan musuh-musuh lain adalah syaitan dan manusia lain yang menghasut kita untuk melakukan kejahatan..

Kita tidak perlu takut dan risau dengan semua musuh ini,kerana Allah SWT akan selalu melindingi hambaNya yang beriman dan bertakwa.Banyakkan membaca alquran,berzikir,bertahmid,memperbanyakkan amalan sunat,bersilaturahim krn Allah dan banyakkan melakukan amalan-amalan yang baik..

Firman Allah SWT:
Sesungguhnya mereka sekali-kali tidak akan dapat menolak dari kamu sedikitpun dari siksaan Allah. Dan Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu sebagian mereka menjadi penolong bagi sebagian yang lain, dan Allah adalah pelindung orang-orang yang bertakwa. (Al Jaatsiyah:ayat 19)

Jumaat, 1 Oktober 2010

Apa yang dimaksudkan dengan Bioteknologi?

Assalamu'alaikum..

Memandangkan ana belajar dalam bidang bioteknologi ,jadi dalam blog ini,ana kepilkan dengan artikel..apa yang dimaksudkan dengan istilah bioteknologi..


Bioteknologi: Kelebihan dan Ancamannya Terhadap Sarwajagat
26 December 2007
Oleh NOORZIHAN MOHAMED YIN

BIOTEKNOLOGI merupakan satu bidang sains yang dapat membantu meningkatkan kualiti hidup manusia dari pelbagai segi, misalnya dalam bidang pertanian, perubatan dan kualiti alam sekitar. Pada abad ke-21 ini, bioteknologi memainkan peranan penting dalam pelbagai aktiviti kehidupan, misalnya penggunaan cap jari DNA bagi mengesan penjenayah; penghasilan bahan ubatan seperti vaksin dari organisma diubahsuai bahan genetik (GMOs); terapi gen bagi mengubati penyakit yang diwarisi dan tumbuhan transgenik (GM) bagi sektor pertanian. Bioteknologi ialah proses di mana sel atau organisme (biologi) digunakan sebagai bahan asas dalam proses (teknologi) untuk menghasilkan sesuatu produk. Dalam erti kata lain bioteknologi merupakan kajian sains mengenai benda hidup dengan menggunakan teknik atau proses teknologi untuk meningkatkan penghasilan sumber hidupan dan penghasilan pelbagai produk lain.Bioteknologi terbit daripada dua unsur iaitu ‘biologi’ dan ‘teknologi’. Kamus Dewan mentakrifkan ‘biologi’ sebagai ilmu hayat atau benda-benda hidup. Sementara ‘teknologi’ itu pula bermakna ilmu pengetahuan mengenai segala ilmu yang berkaitan dengan perindustrian dan sains gunaan yang mempunyai nilai ekonomi. Persidangan mengenai kepelbagaian Biologi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah membuat satu takrifan bagi bioteknologi: “Bioteknologi bererti sebarang penggunaan teknologi yang menggunakan sistem biologi, organisma hidup, atau teori terhasil darinya, bagi menghasilkan atau mengubah barangan atau proses bagi kegunaan khusus.”Dalam sejarah tamadun manusia terawal seperti Mesir dan Babylon dicatatkan bahawa masyarakat mereka telah menghasilkan minuman dan makanan seperti bir, roti dan keju. Namun pada masa itu, manusia tidak mengetahui bahawa proses untuk menghasilkan bahan-bahan tersebut merupakan suatu proses sains dipanggil bioteknologi. Apabila saintis seperti Meischer menemui DNA dalam nukleus sel dan James D. Watson serta Francis Crick (1953) mencadangkan bahawa DNA berbentuk heliks ganda dua, bidang bioteknologi telah berkembang dengan pesat.Sebelum 1970-an, istilah bioteknologi, kebanyakannya digunakan dalam industri pemprosesan makanan dan pertanian. Semenjak 1970-an, ia mulai digunakan oleh badan saintifik Barat untuk merujuk kepada teknik berasaskan makmal yang dibangunkan dalam penyelidikan biologi, seperti pengabungan semula DNA atau proses berasaskan penkulturan tisu. Malah istilah ini boleh digunakan dalam erti lebih meluas bagi menggambarkan keseluruhan kaedah, yang silam atau moden, bagi memanipulasi organik bagi memenuhi kehendak manusia. Bioteknologi terus mempengaruhi kehidupan manusia sejak dulu tanpa mengira agama, warna kulit dan cara hidup seseorang. Sama ada disedari atau tidak, kita telahpun menjadi pengguna kepada hasil bioteknologi itu. Terdapat 5,000 syarikat di seluruh dunia yang berasaskan bioteknologi dengan nilai pasaran mencecah RM2.8 trilion. Justeru, menyedari kepentingan bioteknologi dalam pembangunan dunia sejagat, kerajaan Malaysia telah meletakkan bidang ini sebagai salah satu bidang berkepentingan untuk dimajukan dalam Pelan Rancangan Malaysia ke-8. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 28 April 2005 telah melancarkan Dasar Bioteknologi Negara yang menggariskan sembilan teras utama dalam membangunkan bidang bioteknologi sebagai enjin pertumbuhan ekonomi yang baru. Kerajaan telah memperuntukkan RM4 billion untuk pembangunan bioteknologi manakala sektor awam dan swasta pula dijangka melabur sebanyak RM30 billion. Ini akan membuka ruang kepada bioteknologi menjadi antara penyumbang terbesar pendapatan negara. Kerajaan juga telah meletakkan sasaran sumbangan sebanyak 2.5 peratus daripada industri bioteknologi kepada keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2010. Sumbangan industri bioteknologi kepada KDNK juga dijangka meningkat kepada empat peratus menjelang 2015 dan lima peratus pada 2020. Sejajar dengan itu, kerajaan akan membangunkan Bionexus Malaysia iaitu rangkaian pusat kecemerlangan terdiri daripada institusi terbaik dalam negara yang menawarkan subsektor khusus bioteknologi dengan permulaannya akan tertumpu kepada tiga pusat kecemerlangan, iaitu bioteknologi pertanian di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) dan Universiti Putra Malaysia (UPM); genomik dan biologi molekular di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), manakala pusat kecemerlangan bidang farmaseutikal dan nutraseutikal akan dibina di tapak asal Lembah Bio di Dengkil.Teras-teras yang digariskan dalam Dasar Bioteknologi Negara ialah:· Pembangunan Bioteknologi Pertanian - merubah dan memperluaskan nilai penciptaan dalam sektor pertanian melalui bioteknologi.· Penubuhan Perbadanan Bioteknologi Malaysia (MBC) yang berada di bawah seliaan Majlis Pelaksanaan Dasar yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri sendiri. MBC diletakkan sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.· Pembangunan Bioteknologi dan Penjagaan Kesihatan - Menggunakan kelebihan biodiversiti negara dengan melakukan penemuan komersial dalam pembangunan produk-produk asli, termasuk meletakkan Malaysia dalam peta pasaran bi-generik.· Pembangunan Bioteknologi Perindustrian - Memastikan pertumbuhan peluang-peluang dalam aplikasi pemprosesan bio-termaju dan teknologi bio-pembuatan.· Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dan pengambilalihan teknologi - Menubuhkan pusat kecemerlangan, dalam institusi sedia ada atau baru dengan mengadakan kerjasama antara kumpulan penyelidikan pelbagai bidang.· Pembangunan sumber tenaga - Membina kemampuan sumber tenaga bioteknologi negara bagi memenuhi keperluan pasaran melalui pelbagai skim khas, program dan latihan.· Pembangunan prasarana kewangan - Menawarkan dana ‘makmal ke pasaran’ yang kompetitif dan insentif untuk menggalakkan penglibatan ahli akademik, sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).· Pembangunan kerangka kerja peraturan dan perundangan - Mewujudkan persekitaran kondusif melalui penyemakan kerangka kerja prosedur dan perundangan secara berterusan selaras dengan standard dan amalan global. Membangunkan regim perlindungan harta intelek yang mampu menyokong aktiviti R&D dan pengkomersialan.· Kedudukan strategik - mewujudkan strategi pemasaran global untuk membina jenama bioteknologi Malaysia yang diiktiraf.Jika rancangan ini berjaya, industri bioteknologi negara dijangka mampu mewujudkan 280,000 peluang pekerjaan menjelang 2020 selain meningkatkan imej pertanian negara sekaligus membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat terutama yang tinggal di luar bandar.

Kuasa cinta....

Kuasa Cinta
Oleh : Haslinda Lukman (Panel Penulis JAKIM)

Majalah Cahaya keluaran Februari 2010

Pendahuluan
Rasulullah SAW bersabda : “Cintailah siapa yang ada di bumi supaya kamu akan dicintai oleh makhluk yang berada di langit “ (Riwayat Tabrani)
Kamu tidak akan beriman sehingga kamu berkasih sayang. Mereka berkata : “Kami semua pengasih” Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya bukanlah mengasihi seorang sahabatnya sahaja, akan tetapi membawa rahmat kepada manusia, mengasihi semua manusia”. (Riwayat Tabrani)

Erti Cinta
“Kata pujangga cinta letaknya di hati. Meskipun tersembunyi, namun getarannya nampak sekali. Ia mampu mempengaruhi fikiran sekali gus memberi kesan kepada tindakan. Sungguh, cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. Cinta mampu melembutkan besi, menghancurkan batu karang, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat hamba menjadi pemimpin. Inilah dahsyatnya cinta!” (Jalaluddin Rumi).Alangkah indahnya Islam! Di dalamnya ada syariat yang mengatur bagaimanaseharusnya manusia mengelola perasaan cintanya, sehingga menghasilkancinta yang lebih dalam, lebih murni, dan lebih abadi.Islam mengajarkan bahawa seluruh kuasa cinta manusia harus dipupuk menuju pada Allah Yang Maha Pencipta, sehingga cinta kepada-Nya jauh melebihi cinta pada sesama makhluk. Justeru, cinta pada sesama makhluk dicurahkan semata-mata karena mencintai-Nya. Asasnya adalah firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 165, 'Dan di antara manusia ada orang-orang yang mengambil selain Allah untuk dicintainya; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Sedangkan orang-orang yang beriman amat dalam(taat) cintanya kepada Allah.'
Pengurusan CintaIslam mengajar manusia tentang pengurusan cinta, iaitu bagaimana manusia seharusnya menyusun skala prioriti cintanya. Urutan tertinggi perasaan cinta adalah kepada Allah SWT, kemudian kepada Rasul-Nya . Cinta pada sesama makhluk diuruskan sesuai dengan firman-Nya iaitu kedua orang ibu-bapa, kaum kerabat , anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh, rakan sekerja, ibnu sabil dan hamba sahaya. Sedangkan harta, tempat tinggal, dan kekuasaan juga mendapat posisi untuk dicintai pada tempat yang lebih rendah . Maha Suci Allah, Allah Maha Hebat!Perasaan cinta adalah abstrak. Namun perasaan cinta mampu diwujudkandengan tindakan yang nampak oleh mata. Di antara tanda-tanda cintaseseorang kepada Allah SWT adalah memperbanyakkan bermunajat, mendirikan solat sunnah,membaca al-Quran dan berzikir kerena dia ingin selalu bersama dan mencurahkan semua perasaan hanya kepada-Nya. Apabila Sang Khaliq memanggilnya melalui suara azan maka dia bersegera menuju ke tempat solat untuk berjumpa dengan-Nya. Bahkan bila malam tiba, dia ikhlas bangun tidur untuk berduaan (berkhalwat) dengan Tuhan kekasihnya melalui solat tahajjud. Betapa indahnya jalinan cinta itu!

Ini dapat dilihat daripada kata-kata di bawah:
“Seseorang tidak akan memiliki kebaikan, meraih kemenangan, merasakan kenikmatan dan kesenangan hakiki kecuali mengesakan cintanya kepada Allah SWT semata, dan Allah lebih dicintainya daripada yang lainnya” ( Ibnu Qayyim al-Jauziah)
Bukti Cinta Namun hati-hati juga dengan cinta, karena cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin jika cintanya itu disambut oleh para pencinta palsu. Cinta yang tidak dilandasi kepada Allah. Itulah para pencinta dunia, harta dan wanita. Dia lupa akan cinta Allah, cinta yang begitu agung, cinta yang murni.Ramai yang mengaku mencintai Allah, dan sering mengatakan mencintai Rasulullah, namun mustahil semua itu diterima Allah tanpa ada bukti yang diberikan. Contohnya ketika Allah menguji cintanya, dengan memisahkannya daripada apa yang membuat dia lalai dalam mengingat Allah, selalunya manusia sukar menerimanya. Ketika Allah memisahkan seorang gadis daripada kekasih hatinya, selalunya sang gadis itu akan lemah, lesu, sedíh. kecewa dan terbaring sakit. Pada ketika seorang isteri dipanggil menghadap Ilahi, sang suami pun tidak mempunyai semangat untuk meneruskan kehidupan.
Ketika harta yang dimiliki hangus terbakar, ramai yang masuk ke hospital sakit jiwa, semua ini adalah bentuk ujian daripada Allah, kerana Allah ingin melihat seberapa dalam cinta hamba-Nya pada-Nya. Allah menginginkan bukti, namun manusia kadangkala tidak berdaya membuktikannya, justru cintanya pada Allah selalu kecundang ketika Allah menarik sedikit nikmat yang telah diberikan-Nya. Itu semua adalah bentuk cinta palsu. Sedangkan semuanya sudah diatur oleh Allah, rezeki, maut, jodoh, dan setiap tarikan nafas kita, itu semuanya sudah ada suratannya pada Allah, kita hanya harus berusaha untuk merealisasikannya.
Sungguh merugikan apabila manusia hanya diletihkan oleh cinta dunia, mengejar cinta makhluk, memburu harta dengan segala cara, dan tidak mahu membantu orang yang memerlukan pertolongan. Sedangkan nasib di akhirat nanti adalah ditentukan oleh amalannya ketika hidup di dunia, Bersungguh-sungguh mencintai Allah, atau terlena oleh dunia yang fana ini. Hanya orang yang bertakwa sahaja yang mampu membuktikan cintanya yang sejati kepada Allah SWT.

Kata-kata yang tepat untuk itu seperti di bawah:'Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu.' {Imam Nawawi)

Cinta Allah Yakinlah wahai saudaraku, kesenangan dan kesusahan adalah bentuk kasih sayang dan cinta Allah kepada hambanya yang beriman. Kesusahan yang diberi Allah adalah tarbiyah terhadap ruhiyah kita daripada Allah SWT, agar kita sedar bahwa kita sebagai makhluk adalah bersifat lemah, kita tidak mampu berbuat apa-apa pun kecuali atas izin-Nya. Akhirnya tinggal bagi kita membuktikan, dan berjuang bersungguh-sungguh untuk memperlihatkan cinta kita pada Allah, agar kita terhindar daripada cinta palsu.Dan Allah tidak akan menyia-nyiakan hambanya yang betul-betul berkorban untuk-Nya.Untuk membuktikan cinta kita pada Allah, ada beberapa perkara yang perlu kita persiapkan iaitu iman yang kuat, ikhlas dalam beramal, berusaha bersungguh sungguh untuk melaksanakan ibadah wajib dan sunah, seperti qiyamullail, puasa sunnah, membaca al-Quran dan menuntut ilmu. Buah daripada ibadah yang kita lakukan pada Allah, dengan keistiqamahan mengamalkannya dalam setiap hembusan nafas dan langkah hidup ini, Insta-Allah kita akan dapat menggapai cinta dan keredhaan-Nya.
Cinta dan kasih sayang membawa kepada kebahagiaan. Isteri menyayangi suami, ibu bapa menyayangi anak-anak, anak-anak menyayangi ibu bapa, jiran-jiran menyayangi jirannya, maka hasilnya masyarakat akan hidup dengan berkasih sayang dan dunia pun akan aman dan damai.
Kasih sayang penuh dengan rasa ikhlas kerana mencari redha Allah. Kasih kepada seorang saudara mencegahnya daripada menderhakai Allah, sayang dalam persahabatan dalam memburu kejayaan yang diredhai Allah Maha Pencipta, kasih kepada masyarakat dengan seruan ke arah kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Itulah kasih sayang yang sejati.
Islam menggalakkan umatnya hidup berkasih sayang. Haram hukumnya membenci serta memutuskan kasih sayang sesama manusia, kerana ia mengundang azab Allah.

Penutup
1.Hidup dalam berkasih sayang membawa kepada keamanan masyarakat.
2.Cinta dan kasih sayang merupakan motivasi paling hebat dalam diri manusia.
3.Tanpa kasih dan sayang hidup tidak bermakna dan bahagia.
4.Suburkan kasih sayang sesama manusia dengan mengamalkan segala yang diredhai Allah.


Rujukan :
Tafsir Pimpinan al Rahman
Terjemahan Hadis Bukhari dan Muslim
Cinta Allah, Ibnu Qayyin al Juzyiah
55 Petua Orang Berjaya, Dato’ Dr Mohd Fadzilah Kamsah & Ahmadi Fadzli Yusof, PTS Millennia sdn bhd
12 Peribadi Cemerlang, Yusuf al Qaradawi Blue T Publication





Mah Lee @ Hjjh. Mariam binti Abdullah (Buku 2) -->
Tarikh : 16 Jun 2010 Sumber : Pengarah Bahagian Penerbitan Editor : PRO JAKIM Hits : 2130