Isnin, 28 Disember 2009

keluarga adalah rahmat Allah swt

Assalamualaikum..

Hari ini ringan sekali tangan ku untuk menaip bagi ku penuhkan laman blogs aku dengan perkara yang berfaedah..lagipun masalah aku telah selesai setelah beberapa hari aku cuba selesaikannya…gembira….

Hari ini,ku ingin menceritakan erti kekelurgaan…Semua manusia dimuka bumi ini berkeluarga…mungkin ada insan yang tidak mempunyai ibu atau bapa atau tidak mempunyai kedua2nya dan juga tidak mempunyai adik beradik lain…maknanya dia hidup seorang tanpa keluarga..tapi tak ramai dalam dunia ini…

Bagi anak yatim piatu,mereka sentiasa memerlukan perhatian daripada orang sekeliling..begitu juga dengan kita,kita seharusnya memberikan perhatian kepada anak yatim piatu kerana balasan terhadap orang yang menolong anak yatim piatu adalah besar pahalanya…Oleh itu,marilah kita berebut peluang ini untuk membantu mereka..

Keluarga adalah orang yang paling rapat dengan kita…Apa yang nak ku utarakan disini adalah…hargailah keluarga anda…kerana merekalah insan yang menyayangi anda sepenuh hati….Ada antara kawan-kawan kita yang sanggup meninggalkan ibubapa dan keluarga mereka semata-mata kerana mengikut lelaki yang dicintai …..Ketahuilah,jika ibubapa membantah percintaan anda dengan seseorang itu,mungkin ada sebabnya…Tidak ada ibubapa yang ingin melihat anaknya derita……

Dalam islam,kita ada alquran dan assunnah sebagai panduan..Banyak ayat-ayat dalam alquran yang menyentuh tentang isu keluarga dengan …
Contoh ayat alquran:

Ayat 26,surah Al Israa' ; Dan berikanlah kepada keluarga-keluarga yang dekat akan haknya, kepada orang miskin dan orang yang dalam perjalanan dan janganlah kamu menghambur-hamburkan (hartamu) secara boros.

Setiap orang mengimpikan mempunyai keluarga yang bahagia…Ketahuilah hanya dengan megikut perintah Allah dalam berkeluarga..barulah keluarga kita akan bahagia…Contahnya,ayah dalam sebuah keluarga mengikut perintah Allah dimana anak yang berumur 9 tahun hendaklah diajar solat,jika anak itu tidak mahu mengerjakan solat,hendaklah dipukul dengan pukulan yang tidak memudaratkan(sebagai pengajaran)….agar anak itu mengerjakan sembahyang….InsyaAllah,apabila dewasa,anak itu menjadi anak yang soleh dan solehah…..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan