Ahad, 10 Januari 2010

coretan warna -warni kehidupan

Kulakarkan coretan kehidupan,
Hidup ini penuh dengan warna-warni,
Hari ini indah,
Esok perit,
Begitulah kehidupan,
Kita hanyalah khalifah yang diciptakan untuk mewarnakan kehidupan kita,
Biarlah kita mewarnakan kehidupan kita berpaksikan alquran dan assunah,
Kerana hanya berpaksikan al-quran dan assunah kita akan mewarnakan kehidupan kita di jalan yang lurus,
Kadang-kadang kita tenggelam dalam warna-warni kehidupan,
Sehingga kita lupa,
Kita diciptakan untuk beribadat kepada pencipta kita,Allah swt,
Sehingga kita lupa,
Hidup kita di dunia ini,hanya sementara sahaja,
Dunia ini menyebabkan kita tenggelam dalam kesibukan mencari harta kekayaan dunia,
Dunia ini menyebabkan kita tenggelam dalam kesibukan dengan anak-anak kita,
Anak-anak dan harta kekayaan akan meninggalkan kita,
Apabila kita dikapankan di dalam alam gelap,
Apabila tiada lagi sanak-saudara kita bersama kita,
Alam kubur,
Menggamit ibadat kita,
Menggamit amalan kita untuk menyelamatkkan kita dari seksa kubur,
Yang amat amat memeritkan,
Raungan ,tangisan,erangan kesakitan yang amat amat menderita yang tidak dapat didengar oleh sesiapa pun,
Hanya kita yang akan menghadapi,
Hidup ini,
Begitu sukarnya untuk kita melalui onak dan duri,
Kerana ujian ,
Menentukan keimanan seseorang,
Tempat bergantung kita kepada Allah swt,
Selagi kita berada di jalan yang lurus,
Insyaallah Allah swt akan menyelamatkan kita,
Nikmat paling besar yang dianugerahkan kepada kita,
Adalah anugerah iman,
Hanya keimanan yang berada didalam dada dapat menyelamatkan kita ,
Daripada seksa kubur,
Daripada seksa api neraka yang akan membakar dan menyeksakan makhluk yang sesat semasa di atas muka bumi,
Sedarlah,
Wahai kawan-kawan,
Bangkitlah dari tidur,
Marilah kita sama-sama beriman kepada Allah swt,
Marilah kita sama-sama bersyukur di atas nikmat kurniaan Allah swt,
Insyaallah,kita akan selamat di hari setiap orang yang sesat bermuka sangat masam.
Di hari buku amalan kita dibacakan……………….
Semoga kita,
Tergolong dalam golongan kanan,
Golongan yang selamat daripada api neraka,
Golongan yang akan dikurniakan oleh Allah swt syurga.
Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan