Ahad, 22 November 2009

perjalanan mencari syurga Allah swt....

assalamualaikum....
Perjalanan mencari syurga Allah swt.....ini lah tajuk yang ingin aku bicarakan hari ini.Semua orang ingin ke syurga Allah swt......benar apa yang aku katakan disini,kan?Soalan seterusnya...bagaimana untuk kita semua memperolehi syurga Allah swt?Adakah hanya dengan berangan-angan untuk mendapat syurga Allah swt,sudah cukup untuk kita memperolehinya?ataupun,dengan melakukan maksiat,kita akan memperoleh syurgaNya?Syurga Allah swt hanya dikurniakan kepada hambaNya yang beriman dan bertakwa.
Disini ku sertakan firman Allah swt bagaimana untuk memperoleh syurga Allah swt agar kita semua dapat jadikan panduan untuk menuju kepada Allah swt:

Surah Az Zumar
Dan orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan dibawa ke dalam syurga berombong-rombongan (pula). Sehingga apabila mereka sampai ke syurga itu sedang pintu-pintunya telah terbuka dan berkatalah kepada mereka penjaga-penjaganya: "Kesejahteraan (dilimpahkan) atasmu. Berbahagialah kamu! maka masukilah syurga ini, sedang kamu kekal di dalamnya." (39:73)

Surah Ar Ra'd
Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa, sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka. (13:35)

Surah Al Qalam
Sesungguhnya bagi orang-orang yang bertakwa (disediakan) syurga-syurga yang penuh kenikmatan di sisi Tuhannya. (68:34)

Surah An Nahl
(yaitu) syurga 'Adn yang mereka masuk ke dalamnya, mengalir di bawahnya sungai-sungai, di dalam surga itu mereka mendapat segala apa yang mereka kehendaki. Demikianlah Allah memberi balasan kepada orang-orang yang bertakwa, (16:31)

Surah Maryam
Itulah syurga yang akan Kami wariskan kepada hamba-hamba Kami yang selalu bertakwa. (19:63)

Surah Qaaf
Dan didekatkanlah syurga itu kepada orang-orang yang bertakwa pada tempat yang tiada jauh (dari mereka). (50:31)

Surah Ibrahim
Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal saleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dengan seizin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan mereka dalam syurga itu ialah "salaam"[785]. (14:23)
#7[85]. Artinya: sejahtera dari segala bencana.

Surah Luqman
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal saleh, bagi mereka syurga-syurga yang penuh kenikmatan, (31:8)

Surah Al Hadiid
Berlomba-lombalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai karunia yang besar.(57:21)

Surah Al Hajj
Kekuasaan di hari itu ada pada Allah, Dia memberi keputusan di antara mereka. Maka orang-orang yang beriman dan beramal saleh adalah di dalam syurga yang penuh kenikmatan. (22:56)

Surah Saba'
Dan sekali-kali bukanlah harta dan bukan (pula) anak-anak kamu yang mendekatkan kamu kepada Kami sedikitpun; tetapi orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal (saleh, mereka itulah yang memperoleh balasan yang berlipat ganda disebabkan apa yang telah mereka kerjakan; dan mereka aman sentosa di tempat-tempat yang tinggi (dalam syurga). (34:37)

Surah Huud
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal saleh dan merendahkan diri kepada Tuhan mereka, mereka itu adalah penghuni-penghuni syurga; mereka kekal di dalamnya. (11:23)

Surah Yunus
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal saleh, mereka diberi petunjuk oleh Tuhan mereka karena keimanannya[670], di bawah mereka mengalir sungai- sungai di dalam syurga yang penuh kenikmatan. (10:9)
#[670]. Maksudnya: diberi petunjuk oleh Allah untuk mengerjakan amal-amal yang menyampaikan surga.

Surah Maryam
kecuali orang yang bertaubat, beriman dan beramal saleh, maka mereka itu akan masuk syurga dan tidak dianiaya (dirugikan) sedikitpun, (19:60)

Surah Al Baqarah
Dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik, bahwa bagi mereka disediakan surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Setiap mereka diberi rezki buah-buahan dalam surga-surga itu, mereka mengatakan : "Inilah yang pernah diberikan kepada kami dahulu." Mereka diberi buah-buahan yang serupa dan untuk mereka di dalamnya ada isteri-isteri yang suci dan mereka kekal di dalamnya[32]. (2:25)
#[32]. Kenikmatan di syurga itu adalah kenikmatan yang serba lengkap, baik jasmani maupun rohani.

Surah Al 'Ankabuut
Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang saleh, sesungguhnya akan Kami tempatkan mereka pada tempat-tempat yang tinggi di dalam syurga, yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, mereka kekal di dalamnya. Itulah sebaik-baik pembalasan bagi orang-orang yang beramal, (29:58)

Hanya dengan beriman,beramal dan bertakwa,barulah kita semua akan memperoleh syurga Allah swt.Marilah sama-sama kita merubah diri kita semua ke arah kebaikan... menjadi hambaNya yang beriman dan bertakwa.Jikalau kita tidak dapat melakukan perubahan ke arah kebaikan secara pantas,Lakukanlah perubahan dengan perlahan-lahan,tapi pastikan perubahan itu,istiqamah.....insyaallah,akhirnya kita semua akan menjadi hamba Allah swt yang beriman dan bertakwa .Dengan perubahan ini,insyaallah kita semua akan dikurniakan syurgaNya.amin.

Selasa, 17 November 2009

perjalanan kehidupan yang penuh dengan rajau dan duri

salam...
hari ini,aku membicarakan tentang sebuah kehidupan kita di alam ini..setiap orang ada kehidupan masing-masing,ada yang sudah bergelar jutawan,ada yang sudah bergelar usahawan hebat dan masing-masing sudah mempunyai gelaran....tapi satu soalan yang ingin aku ajukan pada kalian...apakah gelaran kalian pada pandangan Allah swt....adakah gelaran untuk kita adalah orang yang beriman,bertakwa atau sebaliknya..marilah kita sama muhasabah diri...
Kehidupan kita di dunia ini,adalah untuk bercucuk tanam untuk akhirat..bukannya tempat untuk bersuka ria,bermaksiat,berhibur....hiduplah dalam kesederhanaan untuk mencari akhirat.ambil lah dunia ini,dalam kesederhanaan ,jangan jadikan dunia ini syurga kerana dunia ini tidak kekal tapi syurga di akhirat adalah syurga yang yang kekal.Syurga di akhirat tiada bandingan....jika dibandingkan dengan dunia ini.tidak dapat digambarkan dengan mata betapa indahnya syurga yang bakal dikurniakan kepada hambaNya yang beriman,bersabar dan bertakwa......disini ku sertakan janji Allah swt pada hambaNya yang beriman dan bertakwa:

46. Dan bagi orang yang takut akan saat menghadap Tuhannya ada dua syurga[1446]. (55:46)
*[1446]. Yang dimaksud dua syurga di sini adalah, yang satu untuk manusia yang satu lagi untuk jin. Ada juga ahli Tafsir yang berpendapat syurga dunia dan syurga akhirat.


62. Dan selain dari dua syurga itu ada dua syurga lagi[1447].(55:62)
*[1447]. Selain dari dua syurga yang tersebut di atas ada dua syurga lagi yang disediakan untuk orang-orang mukmin yang kurang derajatnya dari orang-orang mukmin yang dimasukkan ke dalam syurga yang pertama.

73. Dan orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan dibawa ke dalam syurga berombong-rombongan (pula). Sehingga apabila mereka sampai ke syurga itu sedang pintu-pintunya telah terbuka dan berkatalah kepada mereka penjaga-penjaganya: "Kesejahteraan (dilimpahkan) atasmu. Berbahagialah kamu! maka masukilah syurga ini, sedang kamu kekal di dalamnya."
(39:73)

35. Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa, sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka. (13:35)

56. Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin.(55:56)


8. Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal saleh, bagi mereka syurga-syurga yang penuh kenikmatan,(31:8)
9. Kekal mereka di dalamnya; sebagai janji Allah yang benar. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (31:9)


23. Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal saleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dengan seizin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan mereka dalam syurga itu ialah "salaam"[785]. (14:23)
*[785]. Artinya: sejahtera dari segala bencana.

26. Dikatakan (kepadanya): "Masuklah ke syurga"[1265]. Ia berkata: "Alangkah baiknya sekiranya kamumku mengetahui. (36"26)
*
[1265]. Menurut riwayat, laki-laki itu dibunuh oleh kaumnya setelah ia mengucapkan kata-katanya sebagai nasihat kepada kaumnya sebagaimana tersebut dalam ayat 20 s/d 25. Ketika dia akan meninggal. Malaikat turun memberitahukan bahwa Allah telah mengampuni dosanya dan dia akan masuk syurga.


Banyak lagi firman Allah dalam alquran yang memberitahu kepada kita tentang keindahan syurga yang dikurniakan kepada hambaNya yang beriman dan bertakwa.

Isnin, 16 November 2009

Kenapa pentingnya menutup aurat......???

salam....

Apa khabar,kalian semua....hari ini,ana ingin menyambung tentang aurat.Pertanyaan yang bertalu-talu bermain dalam fikiran kalian....kenapa?kenapa?kenapa islam menyekat kebebasan individu dalam berpakaian..adakah islam agama yang kolot,kuno dan yang suka menyekat kebebasan individu.tidak!tidak!tidak!ini bukan jawapannya......islam melarang umatnya memakai pakaian yang menjolok mata untuk keselamatan wanita itu.Pakaian yang kalian pakai dapat melindungi kalian,daripada gangguan lelaki-lelaki yang mempunyai penyakit dalam hatinya.Oleh itu,anda telah terselamat daripada gangguan mereka.Disini saya sertakan firman Allah swt yang menyatakan tujuan sebenar islam mewajibkan kalian menutup aurat:

59.Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya[1232] ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (33:59)
*[1232]. Jilbab ialah sejenis baju kurung yang lapang yang dapat menutup kepala, muka dan dada.


Betapa indahnya islam....apa yang islam larang adalah untuk keselamatan kalian,untuk kepentingan kalian....sepatutnya,kita sentiasa bersyukur kerana dilahirkan dalam agama yang begitu indah....dan kita wajiblah mengamalkan suruhan Allah swt dan meninggalkan laranganNya.....

Marilah,kita sama-sama menjaga nama baik agama islam.......agar agama islam dimartabatkan di mata dunia dan agama islam dihormati......marilah kita menyayangi agama islam dan sama-sama menyebarkan agama islam...insyaallah,moga hidup kita semua sentiasa dalam rahmat dan berkatNya.

Sabtu, 14 November 2009

ujian untuk menguji keimanan

assalamu'alaikum...
apa khabar kalian,semua?saya,alhamdullilah,sihat seadanya...hari ni,saya ingin membicarakan tentang ujian....saya pasti setiap orang yang hidup di atas dunia ini,tidak terlepas dengan ujian dan dugaan....kenapa kita diberi ujian oleh Allah swt?sebelum saya huraikan lebih lanjut...disini saya kepilkan firman Allah swt:
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? (29:2)

Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. (29:3)

Ataukah orang-orang yang mengerjakan kejahatan itu mengira bahwa mereka akan luput (dari azab) Kami? Amatlah buruk apa yang mereka tetapkan itu. (29:4)

Barangsiapa yang mengharap pertemuan dengan Allah, maka sesungguhnya waktu (yang dijanjikan) Allah itu, pasti datang. Dan Dialah Yang Maha mendengar lagi Maha Mengetahui. (29:5)

Yakinlah...setiap ujian yang datang ada hikmah disebaliknya.apabila kita sabar dengan ujian yang Allah swt berikan pada kita....kita akan mendapat pahala yang berlipat kali ganda.bersyukurlah kita...kerana kita adalah orang yang terpilih untuk mendapat ujian ini...dan Allah swt hanya memberi ujian pada hambaNya yang Dia kasihi....jadi kita tidak perlu bersedih dengan ujian yang diberikan...berdoa dan mohonlah pertolongan daripada Allah swt...insyaallah,setiap masalah akan selesai.

jangan hanya,ada masalah dengan kekasih.....terus bernekad untuk membunuh diri.sedarlah semua....membunuh diri adalah orang yang berputus asa daripada rahmat Allah swt.kembali lah pada islam.bagi orang lelaki..kembalikan dirimu kepada Allah swt dengan beriktikaf di masjid,insyaallah kalian akan mendapat ketenangan dan jalan keluar daripada masalah yang dihadapi.bagi orang perempuan..kembalilah pada islam dengan memperbanyakkan bacaan alquran,berzikir,bertahmid dan taddabur ayat-ayat suci alquran....insyaallah,kalian akan menemui ketenangan....begitulah indahnya agama islam....kita akan mendapat ketenangan,kegembiraan yang mutlak apabila kita kembali mengingati Allah swt dengan sebenar-benarnya.

Jumaat, 13 November 2009

Islam

Assalamu'alaikum......
Apa khabar semua?Diriku berharap kawan-kawan kalian sentiasa dalam rahmat Allah swt dan sentiasa mendapat redha Allah swt sentiasa.Hari ni ana ingin membicarakan tentang agama islam...sebagaimana tajuk blogku adalah islam.Hari ni,ana memperhatikan dan menilai banyak orang yang berbangsa melayu tetapi tidak mempamerkan beragama islam...maaf jika kata-kataku ni,agak kesat.Ana sedih dengan fenomena ini.Betapa ruginya kita....jika cuma beragama islam tapi tidak mempamerkan ciri-ciri beragama islam...fenomena ini,paling mudah bagi golongan wanita.Kata-kataku ni,berdasarkan firman Allah swt:(24:31,33:59,7:26)

(24:31)
31. Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.

(33:59)
59.Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya[1232] ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

(7:26)
26. Hai anak Adam[530], sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa[531] itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.

Kadang-kadang ana malu bila melihat bangsaku tapi berpakaian seperti bangsa lain(yang bukan beragama islam.Hari ini,ana lihat dan memperhatikan banyak orang perempuan berbangsa melayu dan beragama islam tapi berpakaian yang menjolok mata.Bukankah agama kita melarang dengan berpakaian yang tidak menutup aurat(berpakaian ketat,berpakaian skirt singkat dan sebagainya).Kenapa agama islam melarang kita berpakaian yang menjolok mata?kenapa!kenapa!pasti soalan ini..yang sentiasa bermain dalam minda kalian bukan.adakah islam itu,agama yang menyekat kebebasan atau adakah islam itu..agama yang kolot.tidak!tidak!ini bukan jawapannya.....islam adalah agama yang paling indah agama yang teragung,agama yang dikurniakan oleh Allah swt untuk hambaNya.

Islam melarang kita membuka aurat untuk keselamatan diri kita.....ana akan huraian lagi...kenapa islam mewajibkan kita menutup aurat.

Selasa, 10 November 2009

salam perkenalan....

assalamu'alaikum.....
apa khabar semua?harap hidup kita sentiasa dalam rahmat Allah swt sentiasa dan kita semua sentiasa dalam kasih sayang Allah swt.saya sudah lama bercita-cita untuk ada blog sendiri...tapi tak kesampaian,sehingga saat ni,barulah cita-cita saya tercapai.saya berharap,dengan adanya blog ini,saya dapat menambah ramai kenalan,dapat berkongsi pendapat dan dapat menambah ilmu daripada kawan-kawan yang lain.
semoga kita semua,dapat mengambil manfaat yang sepenuhnya daripada teknologi yang wujud di zaman sekarang untuk mengembangkan lagi agama islam.agama islam adalah agama yang murni,tiada agama yang setanding dengan agama islam.Agama islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah swt untuk manusia,diwahyukan kepaada rasul-rasul.Rasul yang menyampaikan dan menyebarkan kepada umat mereka.Nabi Muhammad saw adalah rasul kita semua,kekasih Allah swt.