Selasa, 17 November 2009

perjalanan kehidupan yang penuh dengan rajau dan duri

salam...
hari ini,aku membicarakan tentang sebuah kehidupan kita di alam ini..setiap orang ada kehidupan masing-masing,ada yang sudah bergelar jutawan,ada yang sudah bergelar usahawan hebat dan masing-masing sudah mempunyai gelaran....tapi satu soalan yang ingin aku ajukan pada kalian...apakah gelaran kalian pada pandangan Allah swt....adakah gelaran untuk kita adalah orang yang beriman,bertakwa atau sebaliknya..marilah kita sama muhasabah diri...
Kehidupan kita di dunia ini,adalah untuk bercucuk tanam untuk akhirat..bukannya tempat untuk bersuka ria,bermaksiat,berhibur....hiduplah dalam kesederhanaan untuk mencari akhirat.ambil lah dunia ini,dalam kesederhanaan ,jangan jadikan dunia ini syurga kerana dunia ini tidak kekal tapi syurga di akhirat adalah syurga yang yang kekal.Syurga di akhirat tiada bandingan....jika dibandingkan dengan dunia ini.tidak dapat digambarkan dengan mata betapa indahnya syurga yang bakal dikurniakan kepada hambaNya yang beriman,bersabar dan bertakwa......disini ku sertakan janji Allah swt pada hambaNya yang beriman dan bertakwa:

46. Dan bagi orang yang takut akan saat menghadap Tuhannya ada dua syurga[1446]. (55:46)
*[1446]. Yang dimaksud dua syurga di sini adalah, yang satu untuk manusia yang satu lagi untuk jin. Ada juga ahli Tafsir yang berpendapat syurga dunia dan syurga akhirat.


62. Dan selain dari dua syurga itu ada dua syurga lagi[1447].(55:62)
*[1447]. Selain dari dua syurga yang tersebut di atas ada dua syurga lagi yang disediakan untuk orang-orang mukmin yang kurang derajatnya dari orang-orang mukmin yang dimasukkan ke dalam syurga yang pertama.

73. Dan orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan dibawa ke dalam syurga berombong-rombongan (pula). Sehingga apabila mereka sampai ke syurga itu sedang pintu-pintunya telah terbuka dan berkatalah kepada mereka penjaga-penjaganya: "Kesejahteraan (dilimpahkan) atasmu. Berbahagialah kamu! maka masukilah syurga ini, sedang kamu kekal di dalamnya."
(39:73)

35. Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa, sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka. (13:35)

56. Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin.(55:56)


8. Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal saleh, bagi mereka syurga-syurga yang penuh kenikmatan,(31:8)
9. Kekal mereka di dalamnya; sebagai janji Allah yang benar. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (31:9)


23. Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal saleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dengan seizin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan mereka dalam syurga itu ialah "salaam"[785]. (14:23)
*[785]. Artinya: sejahtera dari segala bencana.

26. Dikatakan (kepadanya): "Masuklah ke syurga"[1265]. Ia berkata: "Alangkah baiknya sekiranya kamumku mengetahui. (36"26)
*
[1265]. Menurut riwayat, laki-laki itu dibunuh oleh kaumnya setelah ia mengucapkan kata-katanya sebagai nasihat kepada kaumnya sebagaimana tersebut dalam ayat 20 s/d 25. Ketika dia akan meninggal. Malaikat turun memberitahukan bahwa Allah telah mengampuni dosanya dan dia akan masuk syurga.


Banyak lagi firman Allah dalam alquran yang memberitahu kepada kita tentang keindahan syurga yang dikurniakan kepada hambaNya yang beriman dan bertakwa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan