Isnin, 16 November 2009

Kenapa pentingnya menutup aurat......???

salam....

Apa khabar,kalian semua....hari ini,ana ingin menyambung tentang aurat.Pertanyaan yang bertalu-talu bermain dalam fikiran kalian....kenapa?kenapa?kenapa islam menyekat kebebasan individu dalam berpakaian..adakah islam agama yang kolot,kuno dan yang suka menyekat kebebasan individu.tidak!tidak!tidak!ini bukan jawapannya......islam melarang umatnya memakai pakaian yang menjolok mata untuk keselamatan wanita itu.Pakaian yang kalian pakai dapat melindungi kalian,daripada gangguan lelaki-lelaki yang mempunyai penyakit dalam hatinya.Oleh itu,anda telah terselamat daripada gangguan mereka.Disini saya sertakan firman Allah swt yang menyatakan tujuan sebenar islam mewajibkan kalian menutup aurat:

59.Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya[1232] ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (33:59)
*[1232]. Jilbab ialah sejenis baju kurung yang lapang yang dapat menutup kepala, muka dan dada.


Betapa indahnya islam....apa yang islam larang adalah untuk keselamatan kalian,untuk kepentingan kalian....sepatutnya,kita sentiasa bersyukur kerana dilahirkan dalam agama yang begitu indah....dan kita wajiblah mengamalkan suruhan Allah swt dan meninggalkan laranganNya.....

Marilah,kita sama-sama menjaga nama baik agama islam.......agar agama islam dimartabatkan di mata dunia dan agama islam dihormati......marilah kita menyayangi agama islam dan sama-sama menyebarkan agama islam...insyaallah,moga hidup kita semua sentiasa dalam rahmat dan berkatNya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan