Jumaat, 13 November 2009

Islam

Assalamu'alaikum......
Apa khabar semua?Diriku berharap kawan-kawan kalian sentiasa dalam rahmat Allah swt dan sentiasa mendapat redha Allah swt sentiasa.Hari ni ana ingin membicarakan tentang agama islam...sebagaimana tajuk blogku adalah islam.Hari ni,ana memperhatikan dan menilai banyak orang yang berbangsa melayu tetapi tidak mempamerkan beragama islam...maaf jika kata-kataku ni,agak kesat.Ana sedih dengan fenomena ini.Betapa ruginya kita....jika cuma beragama islam tapi tidak mempamerkan ciri-ciri beragama islam...fenomena ini,paling mudah bagi golongan wanita.Kata-kataku ni,berdasarkan firman Allah swt:(24:31,33:59,7:26)

(24:31)
31. Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.

(33:59)
59.Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya[1232] ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

(7:26)
26. Hai anak Adam[530], sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa[531] itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.

Kadang-kadang ana malu bila melihat bangsaku tapi berpakaian seperti bangsa lain(yang bukan beragama islam.Hari ini,ana lihat dan memperhatikan banyak orang perempuan berbangsa melayu dan beragama islam tapi berpakaian yang menjolok mata.Bukankah agama kita melarang dengan berpakaian yang tidak menutup aurat(berpakaian ketat,berpakaian skirt singkat dan sebagainya).Kenapa agama islam melarang kita berpakaian yang menjolok mata?kenapa!kenapa!pasti soalan ini..yang sentiasa bermain dalam minda kalian bukan.adakah islam itu,agama yang menyekat kebebasan atau adakah islam itu..agama yang kolot.tidak!tidak!ini bukan jawapannya.....islam adalah agama yang paling indah agama yang teragung,agama yang dikurniakan oleh Allah swt untuk hambaNya.

Islam melarang kita membuka aurat untuk keselamatan diri kita.....ana akan huraian lagi...kenapa islam mewajibkan kita menutup aurat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan