Ahad, 5 Disember 2010

35 petua cemerlang

( DR. FADZILAH KAMSAH )

PELAJAR CEMERLANG AKANMenggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebutMerangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:

a). kita ingat 10% apayang dibacab). kita ingat 20% apa yang didengarc). kita ingat 50% apa yang didengar & dilihatd). kita ingat 70% apa yang dicakapkane). kita ingat 90% setelah dipraktikkan

1. Belajar secara aktif dengan pen/ pensil ditangan

2. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu ( tidak termasuk kerja rumah )

3. Belajar dalam persekitaran kondusifa). pastikan cahaya adalah terangb). kurangkan gangguan bunyic). tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajard). tampal gambar-gambar yang menenangkan fikirane). kerusi dan meja menghadap kiblatf). janagan lupa untuk senyum

4. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan

5. Mengulang kaji menggunakan kaedah output learning iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku / nota, ingat kembali, lakar / tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan

6. Tahu teknik merangsang memori:a). memasukkan maklumat dalan memori ( registration )b). menyimpan maklumat dalam sel memori ( retention )c). mengingat kembali ( recall )d). menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain ( application )

7. Sentiasa awal dan mendahuluia). persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada gurub). pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannyac). belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan

8. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar

9. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru

10. Mempunyai teknik membaca yang betula). duduk dengan tegak & bernafas dengan betulb). membrika tumpuan sepanuhnyac). menggunakan jari telunjuk untuk membacad). menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan

11. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas

12. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan13. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih

14. Mengadar rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji

15. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri ( study according to your biologicl clock ).

16. Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas,selepas baca al-quran / zikir selepas riadah dan selepas berdoa

17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar ( kita akan lupa 80% selepas belajar )

18. Mengulang kaji secara persendiran atau berkumpulan

19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sbelum peperiksaan.

20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.

21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa

22. Tahu petua mengulang kajia). cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kitab). siapkan semua ?bekalan? dengan sempurnac). duduk tegak dikerusi yang selesad). baca doa penerang hatie). baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betulf). fikir dan ingat kembali isi utamag). catat / lakarh). semak semula ketepatan maklumati). ulang sebut atau ceritakan pada orang lainj). buat rumusank). jawab soalanl). tampal maklumat yang rumit di dindingm). baca doa tanda kesyukuran selepas belajar

23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya

24. Tahu petua-petua agar tidak lupaa). jangan makan kepala ikanb). jangan makan organ dalamanc). jangan minum semasa makand). jangan minum atau makan makana yang tercemar oleh semute). jangan melihat kemaluanf). jangan melihat buihg). jangan membaca nama pada batu nisanh). banyakkan makan makanan yang mengan dungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-laini). banyakkan makan kismis, kurma dan maduj). banyakkan makan kekacangk). pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaanl). jangan makan sehingga terlalu kenyangm). jangan kencing berdiri

25. Tahu kemahiran mengingata). tampal nota-nota penting di dindingb). tukar perkataan, ayatb atau definisi dalam bentuk gambar atau rajahc). gunakan kaedah akronimd). reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingate). pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil

26. Cekap mengatur jadual belajara). mempunyai jadual belajarb). patuh kepada jadualc). buat jadual yang boleh diikuti

27. Tidak menangguh belajar disaat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar

28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahjui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatka penyelesaian dari orang yang lebih arif

29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar

30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa

31. Membawa nota kemana-mana sahaja ( kecuali ke tandas )

32. Pelbagaikan tempat belajar

33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham

34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya

35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:a). taat kepada Allahb). mendirikan sembahyangc). menghormati kedua ibu bapa dan setiasa mendoakan merekad). hormati & sayangi grue). bersungguh-sungguh dal;am melakukan kerja untukmencapai kecemerlanganf). suka pada setiap mata pelajaran yang disukaig). membantu rakan yang memerlukanh). berdoa dan bersyukur kepada Allahi). sentiasa bertawakalj). mahir dalam setiap mata pelajaran


http://www.scribd.com/doc/3704748/35-Petua-Pelajar-Cemerlang-Dato-Dr-Fadzilah-Kamsah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan