Khamis, 14 Julai 2011

sebuah perjuangan

Hari sudah lewat malam..dah pagipun.Aku masih tidak dapat menutupkan mata..ditemani sahabat-sahabat sekeliling,menjadikan mata aku kembali segar walaupun keinginan untuk tidur sangat ketara.
Rasanya,aku ingin men'update' blog aku dengan kata-kata dan ayat-ayat aku yg tak berapa enak untuk dibaca tapi rasanya,pagi-pagi begini buat minda aku digenangi idea..

SEBUAH PERJUANGAN

Hidup ini adalah sebuah perjuangan.Tanpa perjuangan,sia-sialah kehidupan itu.Kita perlu berjuang untuk mencari kebahagian,kebebasan,kejayaan dan semuanya apa yg kita ingini.Saya sekarang sedang berjuang untuk mencapai kejayaan dalam hidup ini tapi dalam masa yg sama,saya takut jika terlupa untuk hari akhirat saya..saya sentiasa berdoa,agar perjuangan saya untuk berjaya di dunia ini,saya lakukan jua untuk akhirat.Saya ingin menjadi salah seorang islam yg berjaya di muka bumi ini,inilah perjuangan saya.

Bagaimana dengan perjuangan kalian?Bangkit,bangkit,bangkit!!!!Bangkit lah dari sedar..betapa kaum melayu begitu selesa dengan apa yg mereka ada,sedangkan bangsa lagi bertungkus lumus berjuang untuk berjaya dalam hidup dan mendapat apa yg mereka inginkan.

Bangsa melayu,begitu selesa dengan gejala lepak,gejala dadah dan semuanya yg buruk adalah bangsa melayu..apa dah jadi!!! apa nak jadi dengan bangsa melayu...

Kembalilah pada agamamu,bangsa melayu..iaitu islam.Hanya dengan kembali kepada islam,kamu akan sedar dan nampak segala perjuangan yg perlu kamu lakukan..

Islam itu,sebaik-baik agama..dan hanya agama islam adalah agama yg diturunkan dan diredhai Allah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan