Ahad, 28 November 2010

Kebahagianku dan perjuanganku..



Luka,pilu,sayu menerjah hatiku..adakah aku insan yg bertuah di atas muka bumi ataupun aku hambaNya yang rugi..aku takut jika aku tergolong dalam golongan yg rugi.Ya Allah,bantulah hambaMu ini,Engkaulah sebaik-baik penolong.


Kehidupan ini,adakala menjadikan hidupku begitu kusut dengan seribu satu masalah.Namun ,aku sandarkan masalah ini ku ini kepada Penciptaku,Allah swt.Pada siapa untuk aku mengadu,pada siapa untuk ku mengharap..jika bukan kepada Allah swt.
Perih,jerih kehidupan mungkin tidak dirasakan oleh semua insan di muka bumi..ada sesetengahnya memperoleh apa sahaja yg diingini oleh hati tapi itu bukanlah kunci kebahagiaan hati.Kunci kebahagiaan hati ,apabila kita dekat dengan pencipta kita,Allah swt..mendapat kasih sayangNya,sentiasa mengingatiNya.


Walaupun,aku tak punya semuanya..walaupun,aku tak dapat apa yang aku ingini..hati aku sentiasa gembira dan tabah setiap kali menghadapi masalah..hati aku rasa girang..melainkan jika aku terasa jauh dgn Allah,jika aku tak dapat melakukan ibadat dgn baik..saat itu,hati aku resah dan sedih…aku tidak tahu,adakah ini,tandanya cinta pada Ilahi..tapi setiap kali aku menjauh daripadaNya,aku terasa rindu yg teramat..sehinggalah rindu terlerai dgn beribadat kepadaNya..
Walaupun begitu,aku sedar dan aku tahu..aku masih tergolong dalam golongan yang lalai ,yang masih banyak perlu mempelajari ilmu,yg masih banyak perlu ditunjuk ajar,yang masih banyak perlu beribadat…Adakah aku tergolong dalam golongan yg terselamat daripada api neraka di hari kiamat nanti?Aku takut jika aku tergolong dalam golongan yg akan dicampakkan ke dalam api neraka..


Ya,Allah..janganlah Engkau sesatkan aku sebagaimana Engkau telah takdirkan syaitan untuk jadi golongan yg sesat..Kurniakanlah aku hidayahMu ,agar aku sentiasa tergolong dalam golongan hambaMu yg berada di jalan yg lurus…
Aku ingin menjadi seorang da’ie yg berjuang di jalanMu.aku ingin menjadi seorang yg berjihad di jalanMu,walaupun aku tahu..aku bakal menempuh ranjau dan duri…aku tidak tahu,adakah aku layak utk menjadi seorang da’ie kerana diri aku sendiri juga masih banyak yang perlu diperbaiki..


Kadang-kala,sikit saja hati aku disakiti,aku sudah kalah dengan kelemahan diri..sedangkan untuk menjadi seorang da’ie..terlalu banyak pahit liku-liku perjuangan yang perlu aku tempuh..mampukah aku ?jika,aku teruskan impian ku ini,aku lakukan semata-mata kerana aku cinta padaMu,Ya Allah..


Mungkin mudah untuk menuturkan kata-kata tapi begitu sukar untuk melaksanakanya..apatah lagi,jika apa yang dilakukan tidak mendapat sambutan dan ditentang sekeras-kerasnya.Itulah yang dinamakan sebuah perjuangan..Jika sesuatu perkara begitu mudah untuk digapai,ia tidak digelarkan sebagai perjuangan…


Perjuangan dimulakan dengan semangat ukhuwah..dengan terbentuknya ukhuwah yang kukuh..kukuhlah sesebuah perjuangan itu.Dimanakan aku?Dimanakah sahabt-sahabatku?Dimanakah aku junjung ukhuwahku?Aku menyayangi sahabat-sahabatku,aku juga perlu sabar dengan kerenah sahabat-sahabatku,aku juga berkorban sebagaimana mereka berkorban…itulah ukhuwahku.aku mohon ampun,jika aku pernah melakukan kesalahan kepada kalian dan aku juga telah memaafkan kalian jika kalian pernah melakukan kesalahan pada aku..kerana kita semua adalah hambaNya yang tak terlepas melakukan kesilapan.apa yang boleh kita lakukan saling memaafkan dan tidak menjadikan ia satu sebab yang boleh meleraikan ukhuwah kita…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan