Sabtu, 25 September 2010

Kegagalan adalah satu ujian yang membawa kepada Kejayaan

KEGAGALAN ....TIDAK BERERTI KALIAN GAGAL UNTUK SELAMA-LAMANYA..

Apa khabar sahabat-sahabatku ?Ana..alhamdullilah sihat.Moga kalian juga dilimpahkan dengan rahmat Allah SWT.Tak ada apa,ana nak coretkan disini,Cuma ana ingin berkongsi sedikit ilmu yang ada pada ana dengan kalian …..
Ana ingin membicara satu perkara yang mungkin pernah dialami oleh semua insan di muka bumi ini iaitu kegagalan.Pasti setiap orang dimuka bumi ini pernah mengalami kegagalan.

Bagaimana kita hendak menghadapi kegagalan ?Ada sesetengah orang apabila mengalami kegagalan,mereka akan berputus asa dan mereka tidak berusaha merubah diri mereka dan mereka terus berada dalam kegagalan sepanjang hayat mereka.Ada sesetengah orang apabila mereka mengalami kegagalan,mereka akan bangkit daripada kegagalan tersebut dan mencapai kejayaan yang gemilang..mereka mempelajari dari kegagalan yang pernah mereka alami.
Bagaimana dengan diri kalian apabila mengahadapi kegagalan?Adakah kalian tergolong dalam golongan yang pertama atau kedua?

Firman Allah swt:
Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah[767]. Sesungguhnya Allah tidak merobah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan[768] yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia.(Surah Ar Ra'd:ayat 4)
767]. Bagi tiap-tiap manusia ada beberapa malaikat yang tetap menjaganya secara bergiliran dan ada pula beberapa malaikat yang mencatat amalan-amalannya. Dan yang dikehendaki dalam ayat ini ialah malaikat yang menjaga secara bergiliran itu, disebut malaikat Hafazhah.

[768]. Tuhan tidak akan merobah keadaan mereka, selama mereka tidak merobah sebab-sebab kemunduran mereka.

Kegagalan...tidak bererti anda gagal untuk selama-lamanya

Jika kalian pernah menghadapi kegagalan,kalian mesti bangkit daripada kegagalan tersebut dan mempelajari daripada kegagalan tersebut untuk menggapai kejayaan yang gemilang..Sejarah melakarkan,ramai orang yang pernah berjaya dimuka bumi ini,bermula dengan kegagalan dan mereka bangkit daripada kegagalan untuk mencapai kejayaan yang gemilang.
Jika kalian gagal,tidak bermakna kalian akan gagal selamanya…Kadang-kadang kegagalan yang pernah kita hadapi itu,adalah salah satu perkara yang amat bermakna dalam hidup kita kerana dari kegagalan yang kita alami …banyak perkara yang kita akan pelajari dalam hidup kita.
Kegagalan mengajar kita untuk menjadi insan yang taat pada perintah Allah SWT,kegagalan mengajar kita erti merendah diri,kegagalan mengajar kita agar kita saling bantu-membantu dan banyak lagi..dan semua itu,tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.Orang yang menghadapi kegagalan akan berada dalam kekecewaan dan dari situ mereka akan mendekatkan diri kepada Allah SWT untuk mengubati hati yang lara..dan daripada kegagalan yang mereka hadapi itu,mereka berubah menjadi insan yang taat pada perintah Allah SWT..
Begitulah erti kegagalan ,dimana bagi kita kegagalan hanya membawa kesedihan ,kekecewaan..tapi disebalik semua itu tersimpan seribu rahsia yang tidak diketahui…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan