Selasa, 8 Jun 2010

Diriku

Assalamu'alaikum....

Dah lama tak update blog ana ni..hari ini,ana cuma nak menceritakan sedikit tentang kehidupan ana dalam blog ini.Ana yakin,di luar sana,ramai sahabat yang mempunyai jalan kehidupan yang agak serupa dengan ana.kadang-kadang hidup ana relax,kadang-kadang hidup ana ditimpa-timpa dengan pelbagai masalah....itulah kehidupan.inilah hakikat kehidupan....sejauh mana kita lari agar tidak ditimpa masalah..masalah akan tetap datang..kerana dengan hadirnya pelbagai masalah dalam hidup kita..masalah itu akan mendekatkan diri kita kepada pencipta kita.Dimana tempat untuk kita mengadu ..jika bukan kepada yang menciptakan kita,iaitu Allah SWT.

Kita boleh mengadu pada sesiapa sahaja masalah kita..namun tidak semestinya mereka dapat menolong kita.Apabila kita mengadu masalah yang dihadapi kepada Allah SWT,hati akan menjadi lebih tenang...insyaallah,masalah yang dihadapi akan selesai dengan perlahan-lahan.

Ana bersyukur..walaupun hidup ana dilanda dengan pelbagai ujian dan dugaan...ana masih dikurniakan 2 orang insan yang menyayangi dan mengambil berat akan diri ana ini..ibu dan kakak.Terima kasih kuucapkan pada kalian berdua kerana amat mengambil berat akan diriku...tanpa kalian ,mungkin ana tidak tahu dimana diriku sekarang.maafkan diriku,jika pernah menggores hati kalian..kerana ana manusia yang diciptakan oleh Allah SWT yang penuh dengan kelemahan.Ku sayang pada kalian berdua..

Bila kawan-kawan buka blog saya.....pasti dalam minda kawan-kawan,saya seorang yang alim.......Ada di antara sahabat-sahabat saya..mengatakan saya seorang yang alim apabila melihat penampilan saya.Bagi saya..saya adalah insan biasa sahaja...saya masih tidak layak untuk diperkatakan alim..jika orang lain hanya menilai saya dari segi pakaian saya sahaja.Hanya Allah SWT layak untuk menilai baik atau buruk seseorang itu...saya juga masih banyak kelemahan dan kekurangan yang perlu di perbaiki.Jika dibandingkan diri saya dengan orang-orang alim..betapa jauhnya diri saya berbanding dengan mereka...insyaallah,moga Allah SWT akan menjadikan saya insan yang sentiasa memperbanyakkan amal ibadat kepadaNya..kerana hanya dengan amal ibadat di dunia ini yang dapat menyelamatkan kita di akhirat sana..ya Allah,aku mohon agar aku tergolong dalam hambaMu yang sentiasa beribadat padaMu,tergolong dalam golongan kanan,tergolong dalam golongan yang memperoleh buku catatan amal sebelah kanan dan tergolongan dalam hambaMu yang memperoleh hidayahMu..amin.

Ramai di luar sana yang mempunyai penampilan seperti ana...dan ana tahu,pasti kalian juga menghadapi pandangan yang serong bagi golongan wanita yang berpakaian seksi.Ana tidak tahu bagaimana dengan pergaulan kawan-kawan diluar sana .Tapi bagi diri ana,ana tidak kisah bergaul dengan sesiapa sahaja,perempuan yang berpakaian seksi atau tidak...tapi masalahnya..apabila ana bergaul dengan mereka ,hati ana akan sentiasa dihiris-hiris...hati ana akan terluka dengan kata-kata kesat yang keluar dari mulut mereka.Ana tak pernah menyakiti hati mereka dengan mengeluarkan kata-kata yang kesat pada mereka..tapi mereka sebaliknya.Ini lah salah satu ujian untuk perempuan yang menjaga auratnya...tapi ana tidak pernah mengikut cara mereka ,walaupun mereka memuji ana,jika berpakaian seperti mereka akan kelihatan lebih elegant..ana tetap dengan diri ana ,berpegang pada agama islam...walaupun dikutuk....Kata mereka,ana berbaju kurung,nampak kuno..namun,semua itu tidak mengubah sedikit pun,prinsip hidup ana....

Susah juga..bila bergaul dengan golongan ini...iya,bila ana bergaul dengan perempuan yang berpakaian seksi,sudah semestinya terdetik dalam hati ana untuk mengajak mereka ke arah berpakaian menutup aurat.Apa yang boleh ana lakukan,apabila mereka memakai baju kurung,ana akan memuji..bahawa mereka lebih kelihatan lawa dengan memakai baju kurung.apa yang boleh ana tegur ,ana akan tegur...untuk mereka menerima atau tidak..itu bukan ana yang tentukan ..semuanya milik Allah..Allah swt yang berkuasa untuk memberi hidayah kepada seseorang itu...

Bak kata pepatah Melayu..."Apabila kita berkawan dengan orang yang menjual minyak wangi,kita juga akan terkena wangian nya,tapi jika kita berkawan dengan orang yang mengangkut sampah,kita juga akan terkena bau busuk"....Begitu lah umpama nya.....

Inilah sedikit sebanyak tentang kehidupan ana.Ana tak kisah berkawan dengan sesiapa sahaja,tidak kira perempuan itu berpakaian bagaimana sekali pun,tapi ana ni,jenis yang suka menasihati apabila melihat seseorang itu melakukan perkara yang ditegah islam..tapi dalam masa yang sama,ana terfikir,jika ana terus cakap lepas,nanti hati orang itu,akan terguris..jadi ana cuba menasihatinya perlahan-lahan..moga kita semua tergolong dalam hambaNya yang sentiasa memperoleh hidayah dan rahmat Allah SWT.amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan