Ahad, 14 Mac 2010

Sifat dan akhlak Nabi S.A.W-petikan dari buku sirah nabawiyyah

Nabi s.a.w adalah seorang yang istimewa dengan keindahan fizikal dan akhlaknya yang tidak cukup untuk digambarkan dengan kata-kata.Kehebatan peribadi baginda itu dapat dilihat dengan hati-hati manusia yang merasa kagum dengannya.berapa ramai orang yang sanggup berkorban jiwa raga demi kerana mempertahan dan membesarkan baginda,yang tak pernah dirakamkan dalam pentas sejarah dunia kepada mana-mana orang jua selain baginda.

orang yang pernah bergaul dengan baginda sangat mencintainya sehingga sampai ke tahap mabuk kepayang.mereka tidak mempedulikan lagi,biarpun dipenggal leher atau ditanggalkan kuku mereka.kecintaan yang begitu mendalam adalah tidak lain kerana kesempurnaan-kesempurnaan yang ada pada diri Rasullulah s.a.w yang mempersonakan dan tidak dikurniakan kepada orang lain.berikuadalah ringkasan beberapa riwayat yang menerangkan tentang keindahan dan kesempurnaan Rasullulah s.a.w,disamping kita mengakui ketidakupayaan untuk merangkumkan semua sifat kesempurnaan baginda itu.

Keindahan Fizikal

Ummu Ma'bad al-Khuza'iyyah mensifatkan Rasullulah s.a.w kepada suaminya tatkala baginda singgah di khemah mereka dalam perjalanan hijrahnya,dengan katanya:"seorang yang ketara keseriannya,putih mukanya,baik akhlaknya,tidak merasai beban oleh badan yang besar,tidak boleh diperlekehkan kerana kepala yang kecil,indah rupa paras dan menarik perhatian,luas dan tampak jelas mata putih dan mata hitamnya,rambutnya lebat,suaranya serak-serak basah,lehernya jinjang,mata hitamnya sangat ketara,tampak urat lengannya,alisnya nipis,keningnya bersambung,rambutnya sangat hitam,kalau dia diam nampak nyata kehebatannya dan kalau dia berbicara nampak nyata ketrampilannya,manusia paling menawan dan paling menarik jika dipandang dari jauh,paling cantik dan manis dari dekat,kata-katanya manis,kesegakannya memadai dengan selapis pakaian sahaja,tidak bertutur yang sia-sia dan mengarut,tutur katanya bagaikan jalinan batu permata yang menjulur keluar,sederhana ketinggiannya,untuk memandangnya tak perlu menunduk dan tak perlu mendongak,bagaikan satu ranting di antara dua ranting,kalau dia bertiga maka dialah yang menarik perhatian dan paling mendapat tempat,dia mempunyai teman-teman yang mengelilinginya,kalau dia berkata sesuatu mereka khusyuk mendengar kata-katanya,kalau dia menyuruh sesuatu segera mereka melaksanakannya,dia sentiasa dipatuhi dan dikerumuni,tidak bermuka masam dan tidak memperlekehkan orang.

Kesempurnaan jiwa dan Kemuliaan akhlak

Nbai s.a.w adalah seorang yang istimewa dengan kefasihan lidahnya dan tutur katanya yang jelas.dalam hal ini baginda dalah orang yang terbaik dan semua orang sedia maklum tentangnya.Baginda seorang yang bersikap pemudah.Perkataannya yang diucapkan jelas dan terang,bicaranya fasih,tepat pengertiannya dan tidak memberat-beratkan percakapannya.Baginda dikurniakan jawami' al-kalim (lidah yang fasih dan penerangan yang tepat),keputusan yang dibuatnya adalah tepat.Baginda menetagui dialek orang-orang Arab dan berbicara dengan setiap kabilah mengikut dialek masing-masing serta berdialog dengan mereka mengikut bahasa mereka.pada diri baginda telah sedia terkumpul daya berbicara bahasa arab kampung yang halus dan tebalnya serta kejelasan menuturkan bahasa arab pekan.keindahan tutur bicaranya mendapat bantuan ketuhanan yang sumbernya adalah wahyu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan