Ahad, 4 April 2010

Rahsia sujud

sujud memerlukan kita untuk sejenak berhenti dengan sepenuh ketenangan yang mengandungi makna yang sangat dalam dan khusyuk.ia juga merupakan bahagian solat yang paling baik untuk mendekatkan diri pada Allah swt.

dari Abu Hurairah r.a,bahawa Rasullulah SAW bersabda:
"Sedekat-dekat hamba dan Tuhannya adalahseorang yng bersujud,oleh kerana itubanyak-banyaklah berdoa".[Riwayat Muslim,Abu Daud dan Nasa'i]

Kerana itu,wahai saudaraku,hendaklah anda menyungkurkan diri untuk bersujud,hal ini merupakan sebaik-baiknya cara 'merendahkan diri'.Sentuhkanlah wajah atau muka yang merupakan bahagian anggota badan yang kita anggap termulia pada suatu tempat yangbiasanya dianggap rendah,misalnya lantai atau bahkan sekadar tanah tidak beralas,yang sehari-harinya hanya pantas untuk diinjak.Disinilah kesempatan bagi anda untuk memujiNya dengan kalimat-kalimat yang indah dan agung guna mengagungkandan meninggikan Allah SWT,maka bacalah:subhana Rabbial a'ala(Maha Suci Rabbku yang Maha Tinggi).

Sumber:
Dari buku rahsia khusyuk dalam solat
Pengarang:syeikh Mustafa Mansur

Tiada ulasan:

Catat Ulasan