Jumaat, 22 April 2011

Khutbah terakhir Nabi Muhammad saw


KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W.

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah
Tahun 10 Hijriyang di Lembah Uranah, Gunung Arafah


Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah deign telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih saying. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-katku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.





WASIAT RASULULLAH S.A.W.

“Telah bersabda Rasullah s.a.w. Jibrail sentiasa mengharap-harapkan akan menjadi manusia kerana tujuh perkara iaitu, sembahyang yang lima berimam, duduk bersama ulamak-ulamak, menziarah orang sakit, menghantar jenazah, memberi air minum, mendamaikan diantara dua orang bermusuh-musuhan dan memuliakan jiran serta anak-anak yatim. Maka bersungguh-sungguhlah engkau diatas perkara tersebut”.

Telah bersabda Rasullah s.a.w. beramallah engkau dengan lurus hati kerana Allah. Bahawasanya Allah Ta’ala tidak akan menerima melainkan orang yang lurus hatinya. Allah Ta’ala telah berfirman yang bermaksud;

“Barang siapa mengharap untuk berjumpa dengan Tuhanya maka hendaklah
Dia beramal yang baik den janganlah mempersekutukan Tuhan dengan apa
Juga pun”.

Khamis, 14 April 2011

Aurat..sambungan..


Ku ingin menyambung tulisanku tentang aurat..Ku telah nytakan mengapa penting untuk menutup aurat.Ada sesetengah mengatakan bahawa mereka belum menutup aurat sepenuhnya kerana belum sampai seru….betulkah ayat ini.Cuba kalian fikir dan bayangkan jika kalian mati esok tapi kalian masih belum menutup aurat sepenuhnya,,adakah kalian masih menunggu seru itu?Apa yang boleh aku katakan disini bermohonlah dengan Allah SWT agar dikurniakan hidayah oleh Allah SWT agar kalian berubah menutup aurat sepenuhnya kerana kita tidak tahu ajal menjemput kita ,mungkin ajal akan menjemput kita esok,mungkin juga hari ini.Oleh itu,berubah lah kearah kebaikan dengan kadar segera..tidak usah untuk menunggu seru itu kerana…ciptaan seru itu hanyalah ,bayangan daripada syaitan kerana syaitan akan sentiasa ingin menyesatkan manusia ….syaitan akan membayangkan perkara keburukkan dengan perkara kebaikan kepada manusia. Firman Allah SWT: Dan ketika syaitan menjadikan mereka memandang baik pekerjaan mereka dan mengatakan: "Tidak ada seorang manusiapun yang dapat menang terhadapmu pada hari ini, dan sesungguhnya saya ini adalah pelindungmu." Maka tatkala kedua pasukan itu telah dapat saling lihat melihat (berhadapan), syaitan itu balik ke belakang seraya berkata: "Sesungguhnya saya berlepas diri daripada kamu, sesungguhnya saya dapat melihat apa yang kamu sekalian tidak dapat melihat; sesungguhnya saya takut kepada Allah." Dan Allah sangat keras siksa-Nya. (Al Anfaal:ayat 48) Jikalau kalian telah berubah kerana dikatakan telah sampai seru..alhamdullilah,itu kerana kalian telah diberi hidayah oleh Allah SWT..Oleh itu,jika kalian ingin berubah ke arah menutup aurat ..lakukan kerana Allah swt ,insyaallah perubahan anda membawa seribu kebaikan kepada diri kalian dan perubahan yang kalian lakukan juga akan istiqamah….tulisan ku ini.adalah ikhlas daripada seorang saudara seagama..moga dengan tulisan akan memberi segi input yang berguna kepada kalian dan juga untuk diriku sendiri juga…

Ahad, 13 Mac 2011

Takut membawa bahagia..


"Mereka itu (malaikat) takut kepada Tuhan di atas mereka dan mereka memperbuat apa-apa yg disuruh."(An Nahl:50)


Rasullulah saw bersabda:

"Ketika tubuh seorang hamba bergetar kerana takut kpd Allah,berguguranlah dosanya bagaikan dedaun jatuh dari pohonnya."


Malaikat adalah makhluk ciptaan Allah yang tidak pernah ingkar pada suruhan...dan mereka makhluk yang sangat takut kepada Allah swt..sepertimana dalam firman Allah di atas.


Bagaimana kita,hambaNya yg lemah..yang sentiasa memerlukan satu kuasa yang dapat menolong kita sepanjang masa di kala kita kesusahan maupun kesenangan..tapi kita adalah makhluk yang paling ingkar..


Bagaimana Allah swt hendak menolong kita,jika kita tidak menuruti perintahNya..setiap kali kita ditimpa musibah,kita akan meletakkan kesalahan itu kepada Allah,kerana memberikan kita musibah..


Sedangkan,kita sendiri sentiasa ingkar pada perintahNya..apa yang saya perhatikan hari ini..banyak cerita terutama dari barat yang menyiarkan tayangan filem yang berunsur ada satu kuasa yg akan menolong mereka utk menyelamatkan dunia;seperti filem superman,spiderman dan macam-macam lagi..ini sudah cukup membuktikan bahawa manusia bahawa ciptaan yg sangat lemah yg sentiasa memerlukan satu kuasa untuk menolong mereka..


Kita sebagai orang islam...Kuasa yang akan menolong kita adalah Allah swt..Bagi orang barat ,mereka tidak ada pegangan agama,sbb itulah mereka mencipta satu kuasa yg dapat membantu mereka..


Allah swt adalah Tuhan kita,setiap kali kita dalam kesusahan ,kesedihan,penderitaan ,pada Allah lah,kita mengadu segala kesusahan yg kita alami .Tapi manusia sentiasa lupa pada Allah,mereka hanya akan ingat pada Allah swt apabila mereka dalam kesusahan.


Apa erti takut kepada Allah swt??Takut pada Allah,ertinya dikala kita keseorangan tanpa ada seorang manusia melihat kita,kita takut untuk melakukan maksiat,takut utk melakukan perkara yg dilarang oleh Allah swt..


Bagaimana dengan kita?adakah kita takut kpada Allah swt..ataupun dikala kita seorang diri,tanpa sesiapa melihat kita dengan sesenang hati ,kita melakukan maksiat kepada Allah,melakukan perkara yg dilarang oleh Allah ...itu ertinya ,dalam hati kita belum ada rasa takut kepada Allah swt..


Dengan ada rasa takut kepada Allah dalam hati kita..insyaallah,kita akan menyempurnakan solat kita walaupun tiada sesiapa melihat kita..tapi kita yakin bahawa Allah swt sentiasa melihat hambaNya..


Tapi bagaimana tahap iman kita,adakah rasa takut itu sehingga bergetar tubuh badan kita..tidak bukan?sebab itu tahap iman sahabat-sahabat nabi dimana apabila disebut nama Allah,akan bergetar tubuh badan mereka..kerana tahap keimanan yg begitu tinggi ...indahnya,berada dalam iman yg begitu..


Bagaimana dengan diri ini,ya Allah..masih jauh utk sampai iman yg begitu.Apa yang boleh hamba ini lakukan,disambil mencari jalan dalam masa ini juga hamba ini menunjuk jalan pada yang lain..


Berilah kekuatan kepada kami utk menunju jalanMu yg lurus,yg membahagiakan hati sesiapa sahaja yg berada di jalanMu..aku ingin begitu..aku ingin bahagia begitu..


ya Allah,jadikan lah kami hambaMu yg takut padaMu,sehingga hati kami tidak sanggup pun utk melakukan maksiat,apa lagi anggota badan kami ya Allah..ampunkan kami ya Allah,jika terlajak kata dan perbuatan sehingga kami menganiayai diri kami sendiri..


Takutlah pada Allah..yg sentiasa melihatmu dimana saja kamu berada..takutlah Allah ketika dalam solatmu kerana dia mengetahui apa sahaja yg berada dalam fikiran maupun dalam hatimu..


Takutlah pada Allah,setiap kali dalam fikiran mu utk melakukan maksiat kepada Nya kerana dia Maha Mengetahui segala-galaNya..


Mintalah sentiasa hidayah dan pengampunan Nya..insyaallah,Allah swt akan mengampunkan dosamu..mohon lah ,ampunan daripada Allah dengan linangan air mata dan mohon lah agar hatimu dan dirimu tidak ingin lagi melakukan maksiat padaNya..

Khamis, 10 Februari 2011

Sebuah kesabaran

Assalamu'alaikum..

Apa khabar sahabat-sahabat di luar sana?Harap semuanya sihat..saya alhamdullilah,sihat seadanya..
Sebuah kesabaran..inilah tajuk yg ingin saya coretkan disini.Sebelum saya pergi jauh,sy kepilkan firman Allah swt.

Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. (Al Baqarah:ayat 153)

Sekarang Allah telah meringankan kepadamu dan dia telah mengetahui bahwa padamu ada kelemahan. Maka jika ada diantaramu seratus orang yang sabar, niscaya mereka akan dapat mengalahkan dua ratus orang kafir; dan jika diantaramu ada seribu orang (yang sabar), niscaya mereka akan dapat mengalahkan dua ribu orang, dengan seizin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar. (Al Anfaal;ayat 66)


Hai Nabi, kobarkanlah semangat para mukmin untuk berperang. Jika ada dua puluh orang yang sabar diantaramu, niscaya mereka akan dapat mengalahkan dua ratus orang musuh. Dan jika ada seratus orang yang sabar diantaramu, niscaya mereka akan dapat mengalahkan seribu dari pada orang kafir, disebabkan orang-orang kafir itu kaum yang tidak mengerti[623].
(Al Anfaal;ayat 65)
[623]. Maksudnya: mereka tidak mengerti bahwa perang itu haruslah untuk membela keyakinan dan mentaati perintah Allah. Mereka berperang hanya semata-mata mempertahankan tradisi jahiliyah dan maksud-maksud duniawiyah lainnya.

Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim, laki-laki dan perempuan yang mukmin, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyuk, laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar. (Al Ahzab;ayat 35)

Begitulah indahnya sifat sabar.Ini hanya sebahagian firman-firman Allah swt dalam alquran yg menyentuh tentang sifat sabar,masih banyak ayat-ayat yg terkandung dalam alquran yg menyentuh tentang kesabaran.

Setiap kali,kita diuji dengan dugaan dan ujian..apa yang terdetik dihati kita dan berkali-kali hati kita mengingatikan diri sendiri agar bersabar kerana ujian dan dugaan itu untuk menguji keimanan.Ada juga yang meluahkan bahawa ujian dan dugaan dalam hidup muncul dalam hidup kita agar hidup ini lebih indah,bila diselitkan dengan kepayahan.

Bagi saya,setiap ujian dan dugaan yang datang adalah untuk menguji keimanan dan jua,kesabaran.

Kesabaran banyak dikaitkan dengan kesusahan dan penderitaan hidup kerana orang yang dalam keadaan yang susah dan derita sahaja yg perlu bersabar dalam hidup ini.Tapi pada pandanganku,sekaya dan semewah mana pun seseorang itu..mereka tak akan terlepas dari kepayahan dan kesusahan hidup kerana di dunia ini sememangnya begitu..Hidup ini tidak akan terlepas dengan ujian dan dugaan samaada seseorang itu kaya, miskin, cantik, seksi, hodoh ....kerana ini lah dunia.

Tapi disebalik semua itu,tersirat seribu satu rahsia yang kita tidak ketahui..hanya Yang Maha Mencipta yang mengetahui segala-galanya..

Isnin, 7 Februari 2011

3 nasihat utk pejuang islam


Sesungguhnya kewajipan dan tanggungjawab itu melebihi masa yang ada. Kata-kata As-Syahid Imam Al-Banna ini perlulah disematkan dalam hati agar ianya menjadi peringatan setiap kali kita terdetik untuk membuang masa pada perkara yang tidak berfaedah dan tidak menyumbang pada jemaah. Ijtima' Tarbawi Dewan Pemuda PAS Peringkat Kebangsaan baru-baru ini telah meluluskan enam deklarasi yang menekankan aspek tarbiyyah, pembinaan syaksiah dan jemaah.

Dalam ijtima' tersebut, Mursyidul Am, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat telah berpesan tiga perkara kepada para pemuda:Pertama, memperbanyakkan bacaan al-Quran dan zikir.Kedua, bertahajjudKetiga, menunaikan solat DhuhaAhli gerakan Islam secara amnya diseru untuk mendirikan solat fardhu secara berjemaah, memperbanyakkan puasa dan mempunyai rekod amalan dalam bentuk buku atau dokumen mutaba'ah amal. Jika segala amal soleh ini dapat dijaga dengan baik, dengan izin Allah, generasi pendakwah yang akan dilahirkan pasti mempunyai akhlak, sudut pandang dan semangat perjuangan yang berpandukan ruh islami. Apakah kita tidak segan berleka-leka dengan masa lapang yang ada dan memanjangkan waktu tidur di malam hari mahupun di siang hari sedangkan kita tahu bahawa Rasulullah yang terpelihara dari segala dosa tetap berjaga malam bertahajjud sehingga bengkak kakinya?Ucapan Saidina Umar kepada panglima perang Muslim, "Kita diberi kemenangan kerana maksiat yang dilakukan oleh musuh, jika kita melakukan maksiat seperti mereka, maka tiada kelebihan kita berbanding mereka kerana bilangan kita tidak sebanyak mereka, persiapan kelenagkapan kita tidak sehebat persiapan mereka. Maka takutlah dengan maksiat.

Selasa, 1 Februari 2011

Ku berjalan dan terus berjalan..

Ku berjalan..dan terus berjalan..walaupun dengan seribu kepayahan.kadang-kadang ,aku tersungkur ….begitulah ibarat kehidupan ini.kita meneruskan kehidupan kita,tapi dalam masa yg sama..kita diuji dengan pelbagai dugaan dan masalah..ramai yang gagal dalam kehidupan ini dan ramai juga Berjaya dengan jayanya dalam kehidupan ini. Bagi yang gagal ,ada yang mati dalam kerugian..mati dalam kesesatan.bagi yang Berjaya..mereka meninggalkan dunia ini dengan amal yang bisa menolong mereka pada hari hisab.
Itulah sebuah kehidupan.aku jua,sedangkan mengharungi kehidupan ini dan aku jua tidak tahu bagaimana kesudahan dengan kehidupan aku.
Firman Allah swt:

Dan dikatakan kepada orang-orang yang bertakwa: "Apakah yang telah diturunkan oleh Tuhanmu?" Mereka menjawab: "(Allah telah menurunkan) kebaikan." Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini mendapat (pembalasan) yang baik. Dan sesungguhnya kampung akhirat adalah lebih baik dan itulah sebaik-baik tempat bagi orang yang bertakwa, (yaitu) syurga 'Adn yang mereka masuk ke dalamnya, mengalir di bawahnya sungai-sungai, di dalam surga itu mereka mendapat segala apa yang mereka kehendaki. Demikianlah Allah memberi balasan kepada orang-orang yang bertakwa, (yaitu) orang-orang yang diwafatkan dalam keadaan baik oleh para malaikat dengan mengatakan (kepada mereka): Salaamun'alaikum, masuklah kamu ke dalam syurga itu disebabkan apa yang telah kamu kerjakan."( An Nahl;30-32)

Aku berusaha untuk menjadi hambaNya yang bertakwa.bagaimana dengan kawan-kawan di luar sana?adakah kalian sentiasa berusaha untuk merubah diri ke arah yang lebih baik.masih juga banyak ilmu yang perlu aku tuntut.setiap hari pun,aku perlu menuntut ilmu,begitu jua dengan sahabat-sahabat agar kita menjadi hambaNya yang berilmu dan dapat memperbanyak amalan padaNya .
Kawan-kawan bersetuju,kalau aku katakan disini bahawa bukan mudah untuk menjadi baik bukan?bukan mudah untuk tidak mengumpat dalam seumur hidup kita?bukan mudah untuk menutup aurat bagi yang sudah biasa mendedahkan aurat di khalayak ramai?sebab itu lah,kita perlukan usaha untuk beramal dan melakukan kebaikan…kita perlukan usaha yg bersungguh-sungguh untuk melakukan kebaikan..
Jagalah baik-baik kehidupan ini,kerana ia adalah penentu untuk kehidupan selepas mati kita..iaitu kehidupan yang selama-lamanya…kehidupan di dunia ini,Cuma kehidupan yang sekejap.
Firman Allah swt:
Itulah orang-orang yang tidak memperoleh di akhirat, kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan.(surah Huud;ayat 16)

Barang siapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambah keuntungan itu baginya dan barang siapa yang menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagianpun di akhirat.( Asy Syuura;ayat 20)

Beruntunglah kawan-kawan di luar sana,yang diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah swt..Marilah kita berdoa,agar kita semua sentiasa dikurniakan petunjuk oleh Allah swt.

Firman Allah swt:
Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk.( Al Qashash;56)

Setiap kali kita gagal utk berubah ke arah yang lebih baik,jangan putus asa..teruskan usaha utk berubah.mohon dengan Allah swt,insyaallah..kalian akan mendapat hidayahNya.Begitu jua dengan diriku,walaupun aku sudah tergolong dalam golongan yg solat tapi aku masih sentiasa memohon dan hidayah Nya..aku takut jika suatu hari nanti Allah swt cabut dari hatiku hidayahNya..kita tidak tahu,bagaimana masa hadapan kita semua..Oleh itu,jika ada di luar sana,sahabat-sahabat yg beriman ..pandangan ku,kita tidak perlu berbangga dengan diri sendiri kerana kita tidak tahu bagaimana dengan diri kita esok..adakah kita masih seperti ini atau menjadi lebih teruk dari orang yang kita cerca disebabkan kerendahan iman….tapi sebaliknya,berendah lah diri dan mohon lah hidayah daripadaNya sentiasa..

Sabtu, 1 Januari 2011

Seksa neraka..kewjudan deria sakit pada kulit

Kulit Dan Neraka

by Tazkiah an Nafs on Saturday, January 1, 2011 at 2:45pm

Allah SWT berfirman di dalam al-Qur’an, yang bermaksud:

"Sesungguhnya orang-orang yang KUFUR INGKAR kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan MEMBAKAR MEREKA DI DALAM API NERAKA. Tiap-tiap kali KULIT mereka MASAK HANGUS, Kami gantikan untuk mereka KULIT yang lain supaya mereka dapat MERASA AZAB SENGSARA itu dan (ingatlah) sesungguhnya ALLAH adalah MAHA KUASA, lagi MAHA BIJAKSANA.”

(Surah an-Nisa; 56)

Ayat di atas merupakan salah satu peringatan dan ancaman dari Allah SWT kepada umat manusia yang kufur ingkar kepada ayat-ayatNya. Saudaraku, pernahkah terlintas di fikiran kita, mengapa di dalam ayat ini Allah SWT menyatakan KULIT ?

Setelah memasuki Block Dermatology & Musculoskeletal System baru kita mengerti akan KEMUNGKINAN (sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui segala susatu) kenapa kulit yang Allah Nyatakan di dalam ayat ini. Jadi, marilah kita sama-sama telusuri dan berkongsi sedikit ilmu dan pandangan mengenai hal ini. Bukti Kebesaran Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Kulit

Kulit merupakan organ terbesar yang Allah SWT ciptakan pada tubuh kita. Ia meliputi 16% daripada berat tubuh. Secara histologi, kulit dapat dibahagikan kepada 3 bahagian utama iaitu :

1. Epidermis – lapisan paling atas yang berasal dari ectoderm

2. Dermis – lapisan connective tissue di bawah epidermis yg berasal dari mesoderm

3. Subkutan – lapisan kulit paling bawah dan mengandung banyak sel lemak.


Histologi kulit manusia

Terdapat beberapa reseptor yang Allah SWT ciptakan pada kulit manusia. Antaranya ialah:

1. Mechanoreceptor – receptor yang menerima ransangan tekanan, sentuhan & getaran.

2. Thermoreceptor – receptor yang menerima ransangan suhu (sejuk/panas)

3. Nociceptor – receptor yang menerima ransangan sakit.


Walaupun terdapat banyak receptor di kulit kita, tetapi receptor sakit merupakan receptor yang paling menarik minat saya. Jika ditinjau dari aspek neurologi, threshold receptor sakit lebih tinggi berbanding receptor-receptor lain. Jadi, ia hanya dapat mengesan stimulus yang melampau. Sebagai contoh, jika terdapat ransangan panas, ia akan dikesan oleh termoreceptor. Tetapi, jika haba yang diberikan terlalu banyak (melampau) maka reseptor pula sakit akan teransang.

Sakit

Saudaraku, rasa sakit didefinisikan sebagai suatu deria dan pengalaman emosi yang tidak disenangi, yang berasal dari stimulus yang dapat menyebabkan kecederaan atau yang berpotensi menyebabkan kecederaan pada tubuh. Rasa sakit merupakan amaran kepada kepada kita bahawa ada 'something wrong’ pada tubuh.

Kadang-kadang, dalam menghadapi kesakitan, kita mengeluh seolah-olah tidak redha dengan ketentuan tuhan. Dan yang lebih menyedihkan, ada yang “memaki” Tuhan di atas sakit yang menimpa.

Saudaraku sekalian, pernahkah kita terfikir bahawa di saat kita sedang merasai kesakitan, sebenarnya kita juga sedang mengecapi nikmat dari Allah SWT, Tuhan semesta alam? Nikmat yang saya maksudkan di sini ialah nikmat berupa keupayaan tubuh kita untuk mengesan rasa sakit.

Saudaraku, cuba kita bayangkan bagaimana keadaan kita jika Allah SWT mematikan semua nociceptor pada tubuh kita. Mungkin ada orang yang berpendapat “Syok la klo cenggitu, klo nak branak pun x la sakit”

Tapi saudaraku, tanpa receptor sakit, kita tidak akan sedar yang tubuh kita sedang mengalami kecederaan. Sebagai contoh, seseorang yang mengalami appendicitis (biasa orang sebut kne appendix) tidak akan tahu bahawa peradangan sedang terjadi di appendixnya. Maka dia akan tetap “tenang-tenang aja” (bak kata orang Medan), sedangkan inflamasi yang sedang terjadi boleh menyebabkan appendixnya pecah dan menyebabkan keadaan yang lebih parah.

Tanpa rasa sakit, orang yang mengalami kemalangan tidak akan sadar bahwa tulang rusuknya telah patah (close fracture) dan lebih teruk lagi, jika tulang yang patah itu menikam paru-paru atau jatungnya.


Penderita Coronary Heart Disease mungkin tidak dapat didiagnosis penyakitnya tanpa angina pectoris (sakit dada). Akhirnya, jantungnya mengalami ischemia (x cukup oksigen) kerana penyumbatan pada artery coronary (saluran darah yang membawa darah ke otot jantung) dan akhirnya dia mati akibat gagal jantung (heart failure), tanpa sempat didiagnosis dan diberikan terapi.



Maka benarlah bahwa menderita kesakitan juga merupakan salah satu nikmat dari nikmat-nikmat dari Allah SWT yang tidak terhitung banyaknya. Dan perkara ini membuktikan kebenaran firman Allah SWT di dalam al-Qur’an, yang bermaksud ;



“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkanNya kepada kamu), niscaya kamu tidak akan dapat menghitungnya...”

(Surah an-Nahl;18)



Maka, sepatut dan seharusnyalah kita bersyukur kepada Allah SWT di atas nikmat yang dikurniakan kepada kita.



Allah berfirman di dalam surah Ibrahim, ayat ke-7 yang bermaksud ;

“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu berfirman: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah pedih.”

(Surah Ibrahim;7)



Tetapi saudaraku, syukur tidak cukup hanya dengan lafaz “Alhamdulillah” tetapi, syukur kita haruslah dizahirkan dengan mentaati perintahNya dan meninggalkan laranganNya.



Mantapkan amalan fardhu. Perbanyakkanlah amalan sunah. Kadang-kadang, ada orang menyangka bahwa dengan amalan fardhu sahaja sudah cukup baginya. Saudara,....... apakah kita akan berpuas hati jika setiap kali kita makan, hidangan yang disediakan hanyalah nasi putih, tanpa lauk pauk yang enak? Semestinya kita jemu bukan? Begitulah juga halnya dengan ibadah kita. Tanpa ibadah sunat, kita tidak akan dapat merasa apa yang dikatakan manisnya iman.





Siksaan Neraka

Saudaraku, jika kita merujuk kembali kepada terjemahan ayat ke 56 Surah an-Nisa, sadarkah kita betapa dasyatnya siksaan yang Allah sediakan bagi orang yang kufur? Kulit kita yang terbakar disiat oleh Malaikat Zabaniyah lalu Allah SWT menngantikannya dengan kulit yang baru, lalu di bakar lagi, dan disiat lagi. Begitulah halnya berterusan tanpa henti. Tujuan rasa sakit yang Allah ciptakan bukannya lagi berfungsi sebagai amaran bahaya tetapi kini berubah menjadi SEKSAAN. (Sedih saat ana menjalankan praktikum fisiologi dimana kami diminta menyediakan preparat nerve muscle dari katak. Semasa ana menyiat kulit katak, ana terbayangkan bagaimana menderitanya kita jika kulit kita disiat di neraka - na'uzubillah )



Rasulullah SAW bersabda ;

“Seksa terkecil bagi ahli neraka di hari kiamat ialah selipar api neraka, yang apabila dipakai, otak akan mendidih disebabkan panasnya”



Abu Hurairah RA berkata ;

“Jika ada seratus ribu orang lebih di dalam suatu masjid, lalu seorang ahli neraka menghembuskan nafasnya di situ, maka matilah semua orang di dalam masjid.”



Ketahuilah wahai diriku dan saudaraku, seseungguhnya Allah SWT telah menciptakan neraka dan kedasyatan untuk penduduknya. Allah SWt berfirman:

“Takutilah mereka dengan hari penyesalan (kiamat), ketika dihukum tentang perkara yang telah dilakukan sedangkan mereka dalam kelalaian dan mereka tiada beriman”.

(Surah Maryam;39)



Sungguh, ini semua telah ditentukan dan akan menjadi kenyataan di hari kiamat, yang menghairankan, kita masih tertawa dan terpaut oleh kehinaan dunia. Kita tidak tahu bagaimana keputusan Allah untuk kita.



(Petikan dari Kitab Mukasyafah al-Qulub oleh Imam al-Ghazali)

Jika Allah telah memudahkan mu ke jalan yang baik, bergembiralah, barangkali engkau jauh dari neraka. Jika kau telah berniat ingin baik, tentulah akan dimudahkan buat menuju ke sana. Jika engkau berniat buruk, akan dimudahkan pula jalan ke sana (neraka). Allah Azza Wa Jalla berfirman;

“Sesungguhnya orang-orang yang baik dalam kenikmatan (syurga) dan sesungguhnya orang-orang yang jahat dalam neraka”

(Surah al-Infithar;13-14)



Oleh : ibnu zukefeli