Selasa, 27 Julai 2010

Apa erti sebuah kehidupan di dunia...

Assalamu'alaikum.......

Ana ingin membicarakan satu perkara yang amat penting dalam hidup ini.Cuba kalian mengutarakan satu soalan dalam minda sihat kalian;apa tujuan ana hidup di muka bumi?Adakah ana hidup di muka bumi ini,hanya untuk makan,minum,tidur,enjoy sahaja?Apa gunanya kita hadir di muka bumi jika tujuan kita hidup hanya untuk makan,minum,tidur dan enjoy? Cuba kemukakan soalan dalam benak fikiran kita,siapa yang menciptakan kita.Tak ada satu benda yang kita gunakan di muka bumi ini,wujud dengan sendirinya..semuanya direka dan dibuat oleh manusia lain untuk kegunaan kita...
Oleh itu,semestinya..kita juga ada Pencipta Yang Maha Kuasa yang menciptakan kita .

Dalil ayat alquran:

Maka hendaklah manusia memperhatikan dari apakah dia diciptakan?Dia diciptakan dari air yang dipancarkan,yang keluar dari antara tulang sulbi laki-laki dan tulang dada perempuan(Ath Thaariq:5-7)

Ayat alquran di atas adalah dalil bahawa Allah SWT menciptakan kita semua.Kajian sains juga membuktikan bahawa manusia berasal daripada percantuman gamet lelaki(sperma) dan gamet perempuan(ovum).Tiada apa dan siapa yang boleh menyangkalnya kerana ia ada
lah satu kenyataan yang jelas dengan pembuktian kajian sains.Kajian sains membuktikan bahawa alquran adalah diturunkan oleh Allah swt kepada manusia seluruhnya....tak satupun ayat di dalam alquran yang berjanggah dengan kajian sains....

Kembali ...kepada apa tujuan kalian hidup di muka bumi?satu saat kita akan meninggalkan dunia ini..adakah itu pengakhiran bagi hidup kita?adakah hidup kita cuma..makan,tidur,enjoy dan bila sampai waktu kita akan meninggalkan dunia ini...

Jika tujuan kita hidup hanya untuk makan,tidur dan enjoy..tiada guna kita diciptakan oleh Allah SWT di muka bumi..tiada guna kita bernafas di atas muka bumi ini..

Bila kita menciptakan sesuatu..sudah semestinya kita menciptakan sesuatu dengan tujuan.Contohnya,kereta diciptakan untuk kemudahan kita bergerak ke mana-mana,Sabun diciptakan untuk kita membersihkan badan,periuk dibuat untuk memasak......

Begitu juga,kita semua juga diciptakan di muka bumi ini dengan satu tujuan..iaitu untuk beribadat kepada Allah SWT.Apa sahaja yang kita lakukan di muka bumi ini adalah kerana Allah..kita makan kerana Allah SWT;untuk bagi tenaga kepada kita beribadat kepada )Allah,kita belajar kerana Allah dan semua apa yang kita lakukan dalam kehidupan adalah kerana Allah.

Dalil alquran:

Hai orang-orang yang beriman,makan lah diantara rezeki-rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah ,jika benar-benar kepada-Nya(kepada Allah)kamu menyembah.(Al Baqarah:ayat 172)

Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepadaNya dalam(menjalankan) agama yang lurus ,dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat ;dan yang demikian itu adalah agama yang lurus.(Al Bayyinah:ayat 5)

Disebabkan masa yang terhad,saya akan menyambung tulisan ini..pada masa yang akan datang..semoga tulisan ini bermanfaat buat kalian semua....

From;your friend..
maryam..